Header Ads

Jawatan Kosong Di Sektor Awam Sepanjang Bulan Januari


Advertisement
As-salam,

Mulai tahun 2013 ini saya akan membuat sedikit penambahbaikan terhadap blog aynoranur.com. Saya akan memasukkan senarai jawatan kosong sektor awam dan swasta untuk rujukan dan maklumat kita bersama. Sambil itu saya akan tambahkan lagi tips-tips dan peluang kerjaya kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Untuk permulaan, saya senaraikan jawatan kosong di sektor awam dahulu. Jawatan kosong di sektor awam ini adalah kompilasi daripada pelbagai jabatan kerajaan dan anak syarikatnya (jika ada).

Senarai Jawatan Kosong Kerajaan Bulan Januari


1. KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara)

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah:
  • Juruteknik awam - 1 kekosongan
  • Juruteknik Elektrik - 1 kekosongan
  • Juruteknik Awam/ Juruteknik Perancang Bandar Dan Desa
Tarikh tutup permohonan : 9 Januari 2013 

2. UiTM SARAWAK 

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalambidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak bagi jawatan lantikan/kenaikan pangkat diUniversiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

  • PEGAWAI EKSEKUTIF N27 - Kontrak 
  • PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
  • PEGAWAI KERJA AKAUN W27 - Tetap 
  • PEMBANTU MAKMAL C17 - Tetap 
  • KERANI N17 - Tetap 
  • PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17 - Tetap 
  • PEMANDU R3 - Tetap 
Tarikh tutup permohonan : 14 Januari 2013 

3. TABUNG HAJI


Selaras dengan misi dan visi TH, kami mencari individu (muslim) yang sesuai untuk mengisi kekosongan berikut:

  • MANAGER FINANCIAL RISK, SPP3 (SECARA KONTRAK) 

Tarikh tutup permohonan : 10 Januari 2013


##Untuk perhatian para pembaca, sebarang pertanyaan ataupun komen berkaitan dengan jawatan kosong di atas hendaklah diajukan terus kepada pihak yang berkaitan. Saya sekadar memberitahu dan berkongsi entri ini untuk manfaat bersama. 


Advertisement

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.