Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Ke 9 Tiada Penyingkiran


As-salam,

Lima kumpulan yang bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu ke 9 malam tadi semuanya berjaya ke peringkat akhir dan tiada penyingkiran dibuat. Mereka semua memang layak dan mendapat sokongan hebat daripada peminat masing-masing. Tekaan saya terhadap 3 kumpulan yang akan layak ke MLM 2012 final nampaknya tepat kena sasaran iaitu Jozan, Shira & Saywho.

MLM 2012 final akan dibuat di Johor Bahru pada minggu depan tetapi belum dinyatakan tempatnya. Salah seorang peserta akhir MLM 2012 yang berasal dari Johor adalah kumpulan Shiro. Semoga mereka terus melakar kejayaan di tempat sendiri.

Mengenai persaingan MLM 2012 MINGGU KE 9 malam tadi, semua kumpulan nampak hebat dan bersaing bersungguh-sungguh menunjukkan kemampuan masing-masing. Zizan walaupun muncul berseorangan tetap handal dan menggeletek kita dengan lawak santainya, Shiro seperti biasa menampilkan persembahan yang padat dengan sindiran, Saywho dengan gaya Indonesianya, Jambu dengan lawak 'kau buat kat aku, aku balas balik' - memang itu konsep persembahan mereka pada setiap episod dan Boboi pula dengan lawak musical-komedinya.

Ikut ramalan saya, berikut TURUTAN yang bakal menang Maharja Lawak Mega 2012:


  1. JOZAN
  2. SHIRO
  3. JAMBU
  4. SAYWHO
  5. BOBOI


Mari kita saksikan video-video hebat persembahan peserta MLM 2012 di astrogempak.com...

P/s: Selamat berjaya kepada kumpulan Jozan, Shiro, Jambu, Saywho & Boboi. Do your best, right!


  

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. It's a shame you don't have a donate button! I'd without a doubt donate to this fantastic blog! I guess for now i'll settle for book-marking and
    adding your RSS feed to my Google account. I look forward to new updates and will share this site with
    my Facebook group. Chat soon!

    Feel free to surf to my weblog: Achat tweet pas cher
    My webpage :: acheter tweet

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close