Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pendaftaran BR1M 2.0 Dilanjutkan Sehingga 15 Januari 2013

As-salam,

Seronok tengok Buletin Utama (5/1/2013) malam tadi. Pendaftaran BR1M 2.0 dilanjutkan lagi sehingga 15 Januari 2013 untuk memberi peluang terakhir kepada mereka yang layak tetapi belum berkesempatan membuat pendaftaran sebelum ini. Lagipun banyak daerah pendalaman yang kena banjir, jadi dia orang sibuk menguruskan kediaman dan anak-anak masuk sekolah. Alhamdulillah...kerajaan perihatin dengan masalah mereka.

Sebelum ini dalam Utusan Online bertarikh 2 Januari, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan memaklumkan, Kementerian Kewangan bersetuju melanjutkan tempoh pendaftaran berkenaan. Pemohon yang layak boleh terus mendaftar sama ada menggunakan borang kertas BR1M 2.0 atau pun melalui sistem dalam talian menerusi portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian berikut: 

1-800-88-BR1M (2716) atau,  
03-8313 8987/88/89 atau, 
e-mel bajet2013 @treasury.gov.my


p/s: Berikan peluang kepada mereka yang benar2 layak, usahlah mencedok di air keruh...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close