Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Goreng Merah

As-salam,

Hari minggu macam ni, memanglah selalu buat kaum wanita dan ibu pening kepala. Bukannya apa, bila tiba masak tengahari, tercari-cari menu apa nak disediakan. Belek buku resepi, jangan cakaplah...dari kulit depan sampai kulit belakang habis dah hafal, tapi satu resepi pun tak sangkut. Akhirnya yang ada...ado!!

Tadi saya siapkan menu simple aje sebab barang dapur pun tinggal tak banyak. Saya pun buat resepi ringkas  yang semua orang boleh tiru. Namanya Resepi Ayam Goreng Merah. Sebab apa warna merah? Sebab guna serbuk cili sebagai pewarna macam kat kedai mamak tu...hih..


 
Gambar hiasan

Resepi Ayam Goreng Merah

Bahan-bahan:


  • 1/2 ekor ayam dipotong sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 1 inci halia
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu tepung jagung
  • 5 sudu tepung gandum
  • 1 biji telur
  • garam 


Cara membuatnya:

  1. Bawang putih, halia, kunyit dan garam ditumbuk lumat.
  2. Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi dengan ayam. Masukkan sekali gula pasir dan gaul rata. 
  3. Perap ayam yang sudah digaul tadi selama 2 jam.
  4. Bancuh tepung dengan tepung jagung. Masukkan telur, garam secukup rasa dan serbuk cili sebagai pewarna merah.
  5. Gaulkan ayam yang sudah diperap tadi dengan adunan tepung yang sudah dibancuh. 
  6. Biarkan sementara selama 10 minit.
  7. Goreng dalam minyak dengan api yang sederhana.
  8. Bila sudah masak, angkat dan toskan minyaknya.
  9. Boleh dihidang dengan nasi panas atau dimakan begitu sahaja.


        

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Replies
    1. memang sedap! hero-hero saya ratah ayam sampai tak tinggal tulang...(mcm tak caya kan)

      Delete
  2. sedap .. haha

    anyways . bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close