Resepi Nasi Goreng Tomyam

Tudung kanak-kanak
As-salam,

Sebentar tadi kita orang baru habis makan di satu restoran. Macam-macam jugak yang kami order dan saya tergerak nak makan Nasi goreng tomyam. Test power, sedap tak nasi goreng tomyam dia. Sebabnya saya sudah selalu buat sendiri tetapi kini nak rasa masakan orang pulak.

Bila makanan sampai, terus tak sabar suap nasi ke mulut. Alhamdulillah...rasanya sama seperti yang saya selalu buat. Nak tahu resepi nasi goreng tomyam ni? Jom tiru apa saya buat, very simple, friends!

 

Resepi Nasi Goreng Tomyam
(anggaran hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan:


  • 4 cawan nasi
  • 1/2 batang serai (dihiris)
  • 2 hiris tomato
  •  helai daun limau purut (dihiris halus)
  • 10 ekor udang
  • 1 sudu besar perencah tomyam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil garam (ikut suka rasa)
  • 2 ulas bawang putih


Cara membuatnya:


  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak
  2. Tumis bawang putih, dan perencah tomyam sehingga naik baunya
  3. Masukkan semua bahan-bahan yang telah dihiris bersama udang sehingga masak
  4. Masukkan nasi, gula dan garam secukup rasa
  5. Gorengkan sehingga nasi goreng telah panas. Boleh hidangkan. 


p/s: Masak memasak aktiviti yang membahagiakan buat kaum wanita...

3 comments:

  1. Alahai ...belom rasa lagi dah terliur. Tak dapat rasa nasi goreng, dapat rasa mee maggi tomyam pun ok gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, yg penting bunyinya tomyam..hihi

      Delete
  2. Senang je, ingat susah. Selalu makan kat kedai best. Fie tak berapa reti buat nasi goreng kalau mee ke boleh. hehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.