Selamat Tahun Baru 2013

As-salam,

Mungkin saya agak terlewat mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua penduduk di muka bumi ini. Tak mengapalah kan, daripada terlepas langsung. Hihi..

Dari meja Editor...aynoranur.com


Semoga pada tahun 2013 ini kita terus mengecapi kejayaan, dilimpahkan rezeki yang berganda, hidup dalam keamanan dan sentiasa di bawah limpahan rahmatNya dan HidayahNya...Amiin...

Kepada teman-teman blogger yang singgah untuk membaca entri ataupun kepada silent reader yang suka mengambil ilmu yang ada dalam blog ini, saya tak pernah sekat jika korang nak copy dan paste artikel saya. Hidup ini cuma pinjaman dan buah fikiran dan ilham menulis entri pun datang daripadaNya. Perkongsian yang membina, insya'Allah...

Mulai saat ini, saya akan lebih giat menulis, membangunkan blog menjadi medan pertemuan kita mencambah ilmu dan mengisi yang kurang. Semoga pada tahun ini saya akan terus lebih istiqamah dalam mempelajari sesuatu tak mengira dalam apa jua bidang sekalipun, dan menampilkan blog template yang lebih segar. Dan, semoga persaingan dalam dunia blog juga adalah persaingan yang sihat dan penuh persahabatan.

Tak mau cari musuh dalam dunia blog ni...kita kawan okeh!

salam sayang,
aynora nur


No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.