Siapakah Kanang Anak Langkau?

aynora nur | 09 January, 2013,10:00 AM |
Advertisement
As-salam,

Siapakah Kanang Anak Langkau? Mengapakah dia dianggap ikon dalam bidang tentera yang amat berani berjiwa seorang pejuang tulen? Mengapa beliau begitu dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia? Mari kita selusuri sedikit latar belakang beliau sebelum meninggal dunia pada usia 68 tahun.

Seorang ikon tentera

KANANG ANAK LANGKAU dilahirkan di Julau, Sarawak, Kanang menyertai perkhidmatan Renjer Sarawak sebagai Pengesan Jejak Iban pada 21 April 1962. Beliau diserap ke dalam Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Kanang bersara dari perkhidmatan pada tahun 1986 selepas 21 tahun sebagai Pegawai Waran 1.

Pegawai Waran (PW) I Temenggong Datuk Kanang anak Langkau,SP,PGB,PGBK (Bersara) (1945 - Januari 3, 2013) ialah pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Berasal daripada komuniti Dayak (Iban) di Sarawak, beliau adalah daripadaRejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.

Pada awal pagi 3 Januari 2013, beliau dikejarkan ke Hospital Umum Sarawakselepas mengalami kesukaran bernafas dan pengsan di rumahnya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi.

Anugerah Yang Diterima

Pada 3 Jun 1981, beliau menerima dua anugerah, Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada masa itu, Sultan Ahmad Shah.

Pada 24 September 2011, beliau menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak 'Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' (P.G.B.K) yang membawa gelaran Datuk.

Antara anugerah ketenteraan yang diterima oleh beliau adalah:
  • Pingat Perkhidmatan Setia (PPS)
  • Pingat Perkhidmatan Am (PPA)
  • General Service Medal (1918) dengan clasp "Brunei" (United Kingdom)
  • General Service Medal (1962) dengan clasp "Borneo" (United Kingdom) 

Ada sebuah novel yang ditulis khas mengenai beliau berjudul, Novel "Kanang, Cerita Seorang Pahlawan" oleh Mazlan Nordin (1989). 

Rahsia Sang Pejuang Tulen Kanang Anak Langkau

Ringkasan daripada novel, Kanang : Cerita Seorang Pahlawan.

Watak dan Perwatakan Kanang Anak Langkau Kanang lahir pada 2 Mac 1945 di karangan Manok Nanga Meluan. Dia ialah seorang yang berbangsa Iban dan beragama Pagan. Dia ialah seorang yang nakal semasa kecil sehinggakan dihalau oleh ibunya dan tinggal bersama datuknya. Dia telah belajar di Sekolah Local Authority hingga darjah tiga. Dia telah menjadi tentera secara kebetulan. Semasa dia menghantar dua puluh orang pemuda yang hendak menghadiri temu duga bagi menyertai Iban Tracker di sebuah sekolah berhampiran kampungnya. Kanang dipelawa oleh seorang anggota tentera British lalu menyertai perbarisan dan menjalani temu duga. Akhirnya, Kanang diterima sebagai Iban Tracker. Selepas itu, Kanang telah berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniai enam orang anak. Kanang ialah seorang yang amat mempercayai mimpi dan menganggapnya sebagai amanat atau maklumat yang boleh dipercayai betul dan berguna. Kanang juga ialah seorang yang berani, dia selalu menjadi peninjan pertama sewaktu melakukan gerakan. Dalam pertempuran, dia bertindak berani dan menembak musuh tanpa mempedulikan nyawanya. Dia seorang yang patuh kepada arahan, majlisnya kerana ditugaskan dalam operasi mencari anggota 1st Loyal New Zealand Army yang hilang. Dia juga seorang yang berdedikasi, berani dan cinta akan negara. Dia telah berjuang menentang tentera Indonesia dan turut menyertai beberapa pertempuran dengan pengganas komunis di dalam hutan.

Helan Latai anak Intie Helen ialah isteri Kanang dan dikurniai enam orang anak. Dia ialah seorang isteri yang penyayang dan mengambil berat terhadap suaminya. Semasa Kanang cedera parah dan terlandar di hospital selama setahun, dia selalu menjaga suaminya di hospital. Dia juaga adalah seorang yang pandai menyesuaikan diri. Setelah dia berkahwin dengan Kanang, dia tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan dia telah sesat semasa pergi pasar, tetapi dia telah berusaha gigih untuk menyesuaikan diri. Dia juga adalah seorang yang lemah semangat kerana dia telah pengsan setelah menerima berita tentang Kanang telah mengalami cedera parah dan terlandar di hospital. 

Semoga dengan perkongsian sedikit maklumat di atas dapat memberikan kita gambaran mengapa seorang KANANG ANAK LANGKAU begitu dikagumi keberaniannya.


Pssst: Budak tingkatan 3 mesti hafal kisah Kanang Anak Langkau...mereka tentu dapat semangat yang hebat seperti Kanang!
Tag : Info
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Siapakah Kanang Anak Langkau?"

Salam...

Datang menerjah dari segmen Mak Dara. Done follow juga :)

http://itmemawarputih.blogspot.com/

datang BW dari blog mak dara .. jom sggh blog yana -> http://www.nazlyizan.my/

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top