Header Ads

Cara Tukar Ganti Mykad Secara Online


Advertisement
As-salam,

Pihak JPN telah memperkenalkan Sistem Gantian Mykad secara online bagi memudahkan rakyat Malaysia mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku kerosakan, kecurian ataupun penggantian biasa mykad.

Sistem Gantian Mykad ini boleh dilakukan dengan layari portal JPN seperti berikut:


  1. Layari Portal JPN (http://www.jpn.gov.my)
  2. Klik pada pautan Permohonan Gantian MyKad di bawah tajuk Perkhidmatan Dalam Talian
  3. Pengguna akan dibawa ke alamat http://mykadganti.jpn.gov.my/login.php
  4. Paparan laman utama sistem adalah seperti yang tertera di bawah.



Klik gambar untuk besarkan  



Seterusnya ikuti arahan yang diberikan dan standby kad kredit di sebelah anda supaya urusan pendaftaran gantian mykad secara online dapat berjalan lancar.

Sistem Gantian Mykad secara online hanya beroperasi pada waktu tertentu, bukannya 24 jam. Harap maklum.

MAKLUMAN WAKTU URUSAN GANTIAN MYKAD SECARA ONLINE
Pembayaran melalui kad kredit sahaja. 
Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN:
- Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi hingga 10.00 malam
- Sabtu: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
- Ahad: 8.00 pagi hingga 8.00 malam
Hanya 3 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu:
1) Gantian cip atau kad rosak
2) Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k ke 64k)
3) Gantian disebabkan kehilangan
Sekian, harap maklum.



(Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan terhadap sistem gantian Mykad ini, sila hubungi PRO JPN di talian 03-88807077/ 7071/ 7067/ 7069/ 8206.)


Advertisement

8 comments:

  1. Senang. Tapi sy takda kad kredit..Hehe

    ReplyDelete
  2. perkongsian maklumat yang berguna..

    ReplyDelete
  3. perkongsian maklumat yg sgt berguna~


    anyways... bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. tq share info yg berguna ni..salam perkenalan dr mama3heroo..done follow blog awak

    ReplyDelete
  5. Hi, nak tanya, klu buat atas talian kat link tu, cam ne nak tukar gambar ye? boleh upload gambar yg sendiri tangkap ke? ke amek terus gambar mykad lame?

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.