Tahun Baru Cina 2013 Tahun Ular

aynora nur | 26 January, 2013,7:06 AM |
Advertisement
Salam 1Malaysia,

Artikel ini saya tulis sebagai perkongsian dengan kawan-kawan dan pembaca blog di luar sana yang kurang faham tentang perayaan tahun baru cina bagi setiap kaum cina di negara kita.


Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Jadual Penentuan Tarikh & Haiwan Bagi Tahun Baru Cina
HaiwanDahan bumiTarikh
Tikus zǐ19 Februari 19967 Februari 2008
Lembu chǒu7 Februari 199726 Januari 2009
Harimau yín28 Januari 199814 Februari 2010
Arnab mǎo16 Februari 19993 Februari 2011
Naga chén5 Februari 200023 Januari 2012
Ular sì24 Januari 200110 Februari 2013
Kuda wǔ12 Februari 200231 Januari 2014
Kambing wèi1 Februari 200319 Februari 2015
Monyet shēn22 Januari 20048 Februari 2016
Ayam yǒu9 Februari 200528 Januari 2017
Anjing xū29 Januari 200616 Februari 2018
Khinzir hài18 Februari 20075 Februari 2019
*** Sumber


Jika dilihat daripada jadual di atas, tahun baru cina 2013 adalah jatuh pada tahun ular yang akan disambut pada 10 Februari 2013. Sebagai 1Malaysia, kita semua tak mengira bangsa akan menyambutnya sebagai cuti umum. Orang lain yang raya kita pun dapat tempias cuti free., best kan Malaysia! Aman makmur dan bebas mengamalkan anutan masing-masing.

Updates!!

Maksud Tahun Ular mengikut fahaman kaum Cina:
  • Yin/Yang ~ Yin
  • Unsur Tetap ~ Api
  • Unsur Positif ~ Berfikir panjang, bijaksana, lemah lembut, sensual, mistik, kreatif, cermat, pintar, berwaspada, bertanggungjawab, kuat, setia, tekad
  • Unsur Negatif ~ Cemburu, ragu-ragu, degil, mudah terpedaya, kurang percaya pada orang lain, pendusta 

p/s: Kepada kawan-kawan saya yang berbangsa Cina, selamat menyambut hari perayaan anda. Please take care...

Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Tahun Baru Cina 2013 Tahun Ular"
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top