Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tayangan Drama Sehangat Asmara Di Astro Mustika HD

As-salam,

Drama bersiri Sehangat Asmara sebanyak 33 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini akan menemui kita semua di Astro Mustika HD, saluran 134 bermula 21 Januari 2013, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.  Antara pelakon yang membintangi drama terdiri daripada pelakon hebat seperti Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena dan ramai lagi.

 

 


Mampukah Drama Sehangat Asmara ini menandingi kehebatan Adam & Hawa sehingga mencetuskan fenomena di kalangan pencinta drama-drama melayu? Bagi anda yang pernah membaca novel Sehangat Asmara, apakah harapan anda semua? Namun pada pendapat saya, gabungan pelakon utama Adi Putra dan Rita Rudaini sebagai tunggak Drama Sehangat Asmara ini amat bertepatan dengan gambaran watak dan personaliti di dalam novelnya. Jadi, sedikit sebanyak ia mampu menarik ribuan peminat novel Sehangat Asmara menonton drama bersirinya pula. 


Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua. Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali kepada Kamilia membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.

Bila keadaan semakin teruk, Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.

9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.

Zainal Arief melamar Kamilia buat kali kedua. Kamilia berbelah bagi untuk menerima Zainal kembali kerana dia kasihankan kepada Azman yang banyak membanunya ketika dia dalam kesusahan. Akhirnya Azman mengalah.

Setelah bersatu semula, barulah Kamilia tahu kedudukan sebenar mengapa Zainal tidak kembali menyusulnya 9 tahun dahulu. Ini semua angkara ayah Kamilia sendiri. Dapatkah kemelut keluarga mereka diselesaikan? Apakah Kamilia masih bulat cintanya pada Zainal?


Marilah kita sama-sama saksikan pahit maung kehidupan dalam Drama Bersiri Sehangat Asmara..    

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close