Smartphone Nokia Lumia 920 atau 820?

aynora nur | 10 January, 2013,7:54 AM |
Advertisement
As-salam,

Apakah nokia Lumia telefon pintar terbaik buat masa ini? Sudah banyak tempat saya pergi dan selidik tentang smartphone dan saya tetap terpikat dengan nokia Lumia. Mana satu yang bagus nokia Lumia 920 ataupun nokia Lumia 820?

 

Rekabentuknya innovatif. Pengecasan tanpa wayar dan bekas yang boleh pusing (swappable). Telefon pintar kelompok Lumia dicipta dengan pelbagai ciri-ciri istimewa. Contohnya seperti pengecasan tanpa wayar. Cuma letak telefon kita pada pengecas untuk menghidupkan semula bateri.

Ada banyak pengecas tanpa wayar yang boleh dipilih antaranya, Papan Pengecas Tanpa Wayar Nokia oleh Fatboy (Nokia Wireless Charging Plate and the Charging Pillow by Fatboy). Dan jika kita mahu mengecas Lumia 820 tanpa wayar, cuma tambahkan tempat pengecas tanpa wayar sahaja.

Ada pelbagai warna yang boleh dipilih dan mungkin boleh disuai padan dengan karekter @ personaliti diri kita. Aksesori tambahan yang lain adalah speaker dan headset yang juga boleh dipadankan.

Yang saya dok berkenan tentulah ciri-ciri perniagaan (business) yang ada pada Nokia Lumia. Telefon pintar Nokia Lumia Windows Phone 8 datang dengan pakej lengkap Perisian Microsoft Office, Outlook and Internet Explorer 10. Jadi kita boleh buat dan sunting dokumen daripada smartphone ini samada dalam bentuk Microsoft PowerPoint, Excel dan Word. Untuk seragamkan kerja fail di PC dan telefon pintar Lumia ini, boleh gunakan SkyDrive. Kalau kita nak kongsi dokumen dengan rakan sekerja, boleh gunakan SharePoint atau server Office 365.

Saya berazam untuk mendapatkan satu set nokia Lumia ini kerana ciri2 windowsnya yang amat mesra pengguna berbanding dengan telefon pintar lain seperti iPhone 5 ataupun Galaxy Note II. Walau apapun pilihan di tangan masing-masing. Betul tak? Tekan mesin ATM, tengok duit! Kalau bajet cukup, sambar aje.   

p/s: Teknologi berubah sekelip mata kerana setiap saat di seluruh dunia ada sahaja inovasi terkini dalam bidang teknologi. Yang penting pegangan dan iman kita tidak berubah-ubah, kan?

Tag : Info
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
3 Komen untuk "Smartphone Nokia Lumia 920 atau 820?"

for me better iphone 5 sebab ada android..if lumia juz ada window..tp tiada android..so if na guna android..kene install dulu...n nk guna pun pyh..contoh if nak tangkap gambar...if fon u guna android..u kene reboot semula guna window utk ambil gambar...tu yg salah satu masalah la..btw gud luck!

t/kasih atas pandangan. klu tak de android tak best la..still hv time to think..

apa kna mngena plk dgn android kak oi.itu pn os jgkkn.xkn smua tpon leh install byk os.payah jgk klu yg mcm pndai sgt ni.....

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top