Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Melayu Slot Akasia TV3 Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

As-salam,

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi | Slot Akasia kali ini diganti dengan drama melayu yang tak kurang hebatnya. Drama ini dilakonkan oleh pelakon-pelakon terkenal tanahair antaranya Fahrin Ahmad, Tasha Shila, Shah Jaszle dan Fouziah Ghous. Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi akan mula ditayangkan mulai 11 Februari 2013 pada pukul 7:00 malam. Drama ini diterbitkan oleh Zeel Production, hmm...terbitan produksi yang hebat juga.

 
Tasha Shila sebagai Ain

 
Fouziah Ghous sebagai Fatin 


 
Pelakon utama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi


Sinopsis Drama Melayu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Firdaus telah difitnah berkhalwat dengan seorang gadis bernama Ain. Tetapi demi melunaskan rasa tanggungjawabnya, dia berkahwin juga dengan Ain walaupun tanpa kerelaan. Lalu, dia membawa diri ke Abu Dhabi kerana rasa dikhianati. Di Abu Dhabi Firdaus bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat bernama Abu Dhabi Properties. Walaupun hanya dia anak melayu tunggal yang bekerja di situ, Firdaus mendapat kepercayaan dan di segani semua kakitangan di situ.

Setelah lama tidak kembali, adiknya Faiz menyusul Firdaus hingga ke Abu Dhabi. Apakah masih ada rindu yang bersisa di antara dua adik beradik itu, ataupun ada rahsia yang tersembunyi hinggakan Firdaus ditangkap khalwat? Siapa pula Fatin di hati Firdaus? Saksikan jawapannya di dalam Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.

Kalau tak silap, drama ini akan bersiaran sebanyak 100 episod, betul ke? Mesti penat dan tak sabar menunggu, kan?

NAK BERJAYA DENGAN PENDAPATAN HINGGA 3K SEBULAN?? TIRULAH SI DIA NI! HANYA BUAT ONLINE DAN ON CALL APPOINTMENT...NAK TEST? FREE AJE



p/s: Selamat menonton dan ambillah manfaat daripadanya. **jangan lupa credit pada sumber

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. tengok juga cerita nih, tapi tak sepenuhnya la sebab time maghrib kan.

    ReplyDelete
  2. Kepala Bergetar Kepala Bergetar adalah sebuah blog informasi, berkongsi info drama, Drama Terkini, Telemovie TV terbaru dan Isu Semasa tempatan di Malaysia.
    http://layandrama.co/

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close