Dunia Di Hujung Jari

loading...
As-salam,

Cabaran dunia internet dalam zaman sekarang teramat membangun dengan pesatnya. Sesiapa sahaja boleh mengakses maklumat dengan satu jari dan yang bagusnya, semua maklumat yang diperlukan akan muncul di depan mata tanpa perlukan buku-buku yang tebal ataupun kos yang ribuan. 

HERO KECIL BERMAIN GAMES
MASIH DENGAN GAMES 
BERALIH KE GOOGLE
TERJUMPA BLOG AYNORANUR.COM...IYA KE? MACAM TERKEJUT JER...
(Jangan percaya dengan gambar-gambar di atas, sebenarnya hero kecil saya khusyuk bermain games...haha)


Dan, pembaca setia blog saya adalah HERO BESAR & HERO KECIL saya ini. HERO VETERAN (haha...veteran sangat kah??) tak berminat, kecuali saya buat blog pancing!! Hrmm...bagus juga kalau saya buat blog pancing, suruh sidia yang menaip dan bercerita tetapi blog saya punyer nama...hihi

Cara Mendidik Anak Menggunakan Capaian Internet Dengan Betul
  • Block url/blog/website yang memudaratkan (contohnya pornografi, permainan pembunuhan, iklan-iklan yang mengarut dsb, boleh rujuk en. google cara-cara nak block)
  • Mendidik ketika mula-mula mereka mengenali internat
  • Jangan guna Wifi di rumah, guna broadband yang murah-murah pun dah cukup
  • Ingatkan tujuan asal mereka membuka internet (untuk maklumat pembelajaran, santai, dan perkara yang bermanfaat)
  • Jangan menggunakan bahasa kasar atau lucah ketika chatting dengan rakan-rakan
  • Tampalkan sticker di komputer - 'ALLAH LIHAT APA YANG ANDA BUAT', secara tak langsung anak-anak rasa malu sendiri jika nak berbuat jahat dengan capaian internet  


Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh digunakan, bergantung kepada setiap individu itu sendiri dalam mendisplinkan diri ketika melayari internet. 

3 comments:

  1. samalah macam sofea...skit2 nak tengok youtube citer pingu kat handphone mia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah dunia kanak2 zaman sekarang...nak bermain pun dalam khayalan jer..

      Delete
  2. Nice sharing Sis ^_^
    Budak2 sekarang nie lebih advance lagi...
    Bayangkan anak buah Wilma yang tolong download game untuk Wilma...
    Hehehe...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.