Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Durian Untuk Sihat

As-salam,

Durian digelar sebagai Raja Buah kerana saiznya dan juga harganya yang mahal. Selain daripada itu, durian juga memiliki bau yang wangi bagi penggmarnya tetapi sebaliknya kepada yang tidak sukakan buah durian ia dianggap busuk! Rugi kalau tak makan durian!! Betul tak?

Ciri-ciri buah durian

*  Durian ialah spesies beberapa jenis tumbuhan dalam Genus Durio yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara di mana ia digelar "raja buah".
*  Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri.
*  Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia, tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun
*  Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka.
Terdapat lebih 30 jenis spesies Durio yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan

**Sumber




Khasiat Durian & Fungsinya Sebagai Raja Buah


** Durian adalah buah-buahan bermusim yang kaya khasiatnya. Pemakanan durian sebenarnya elok diamalkan kerana mengandungi potasium yang baik untuk kesihatan jantung.
** Selain mengandungi 1,060mg potasium, durian juga membekalkan sumber vitamin C, tenaga dan mineral.
** Isinya yang lembut, enak dan kekuningan itu bukan sekadar menjanjikan kesedapan tidak terhingga bagi pencinta durian, malah ia juga kaya dengan fiber, baik untuk proses penghadaman dan sembelit.

Lain-lain khasiat buah durian

1. Dapat mengatasi anemia kerana durian kaya akan asid folat dan zat besi.
2. Selain itu kulit durian yang dilumatkan dan disapukan ke perut dapat memudahkan buang air besar.
3. Melambatkan proses penuaan kerana mengandung vitamin C sebagai antioksidan.
4. Meningkatkan tekanan darah yang rendah kerana mengandungi zat besi dan sifatnya yang panas.
5. Mengatasi bengkak.
6. Mengubati penyakit ruam pada kulit (kurap).
7. Baik untuk kesihatan tulang dan sendi kerana mengandungi kalsium, potasium, dan bermacam jenis vitamin B.
8. Buahnya boleh dijadikan ubat penyakit kuning.
9. Meningkatkan nafsu makan kerana mengandungi niasin dan thiamin.
10. Kandungan Riboflavin (vitamin B2) dapat membantu mengatasi migrain.
11. Memelihara kesihatan tiroid kerana kandungan tembaganya.
12. Dapat mengurangi tekanan kerana kandungan piridoksin (B6).
13. Baik untuk kesihatan gigi kerana mengandung fosfor (P).
14. Kulit buah durian dapat digunakan sebagai pengusir/menghalau nyamuk.
15. Akar dan air rendaman daun durian boleh digunakan sebagai antipiretik (berkhasiat menurunkan suhu tubuh atau panas demam)
16. Akarnya boleh mengubati infeksi pada kuku.

Jadi, kepada yang bencikan durian bolehlah mula makan sikit-sikit dan lama kelamaan anda pasti suka. Selain daripada rasanya yang sedap, buah durian mengandungi banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. SALAM JEMPUT SERTAI SEGMEN JJCM BONDE N SHARE CERITA SAMBIL TAMBAH FOLLOWER DI :-

    http://kumahuitu.blogspot.com/2013/02/bloglist-jjcm-2013-by.html#links

    ReplyDelete
  2. tetap x suka cium bau durian hehe >.<

    jom terjah: http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Jalanx pagi ni, dok cari pasai spesis DURiAN...
    terjumpa blog ni...
    terima kasih.




    :)

    http://www.harmoni-my.org/forum/index.php

    PS: KEBETULANNYA, saya dikatakan HANTU DURiAN... heheh

    ReplyDelete
  4. datang berkunjung dari komen aynora kat dalam blog saya.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close