Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan

aynora nur | 19 February, 2013,5:44 AM |
Advertisement
As-salam,

Buah delima sudah terkenal sejak dahulu sebagai buah untuk kesihatan. Kalau ikut pengalaman saya, kebanyakan wanita mengandung suka mengidam makan buah delima. Buah delima sukar diperolehi melainkan di rumah-rumah kaum Cina yang menanam pokok delima sebagai satu tradisi agar rumah yang didiami rasa sejuk dan nyaman. Sebagai salah satu fung sui katanya (betul ke?). 

Khasiat perubatan buah delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.




Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

1. Membaikpulih fungsi hati dan limpa
2. Mencuci buah pinggang dan salur kencing
3. Membantu penghadaman
4. Membuang lemak-lemak berlebihan
5. Menambah tenaga
6. Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
7. Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
8. Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
9. Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
10. Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
11. Mencantikkan kulit

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Rasulullah bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”

(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)

Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahawa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandungi satu biji dari salah satu biji dari syurga. Barangkali biji ini adalah yang dari syurga itu.” (Kisah sahabat) **sumber 

Khasiat Buah Delima Uuntuk Kecantikan


UNTUK mendapatkan kulit yang sihat sebenarnya amat dekat dengan diri kita. Bahan-bahan semulajadi yang sering digunakan di ruang dapur misalnya buah-buahan dan sayur-sayuran antara penawar mudah diperoleh selain menjimatkan.

Dari sudut kesihatan dan kecantikan, buah delima diakui kaya dengan anti oksida. Kandungan gula di dalam buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

Cuba resipi skrub biji delima dan buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan

Secawan biji delima
Secawan gula putih
2 sudu besar minyak (boleh gunakan minyak zaitun, sayuran, avokado atau bunga matahari).
2 titik pati minyak (pilihan)


Cara Membuatnya

1. Dalam mangkuk kecil, gaul biji delima dan gula. Tekan bahan-bahan tersebut menggunakan bahagian belakang sudu. Campurkan minyak dan kacau rata.
2. Biji-biji delima akan mengeluarkan haruman segar apabila dihancurkan tetapi tidak salah jika anda ingin tambah pati minyak haruman kegemaran.
3. Urut bahan skrub tadi pada kulit perlahan-lahan. Resipi ini cukup untuk urutan keseluruhan badan. 4. Lebihan skrub boleh disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk tempoh sebulan.
Gambar buah delima

Selain untuk kecantikan, delima juga enak dicampurkan dalam teh yang mempunyai khasiat unik untuk kesihatan. Buah delima sememangnya dikenali untuk membantu kardiovaskular dan mendapatkan tekanan darah yang seimbang. Ia juga mengandungi sumber vitamin menakjubkan.

Teh delima boleh dibuat dengan menggabungkan jusnya dan teh segar yang dibuat sendiri di rumah. Terpulang kepada anda untuk memilih teh yang digemari - sama ada teh hijau atau herba.

Cuci bersih biji-biji delima dan tapis sebelum dikisar sehingga hancur. Berhati-hati kerana kesan delima sukar untuk dihilangkan.

Tapis bahan tersebut sehingga mendapatkan jusnya. Untuk mendapatkan rasa segar dan melegakan cuba campur jus delima ke dalam teh chamomile. Anda juga boleh cuba mengabungkan jus tersebut dengan pudina atau ekstrak serai.

Keluarkan uncang teh atau tapis minuman tersebut sebelum diminum. Terpulang kepada anda untuk mencampur sebanyak mana jus delima ke dalam minuman. Ia bergantung juga kepada teh yang anda pilih.

Untuk menikmati kesegaran teh delima, tambah ketulan ais dalam minuman anda. Bagi menambah keenakan, perah sedikit jus lemon, anda pasti terpesona.


**sumber
Tag : Khasiat Buah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Khasiat Buah Delima Untuk Kesihatan"

Salam..saya ada terbaca dalamsatu blog....jus buah delima boleh mengubati kanser payudara..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top