Header Ads

Korean Drama & Sinopsis Tasty Life


As-salam,

Mari kita sambung tengok drama korea. Kali ini kisah seorang ayah membesarkan empat orang anak gadisnya dengan segala kepayahan dan kerisauan.


Sinopsis Korean Drama Tasty Life

"Tasty Life" mengisahkan kehidupan seorang bekas detektif bernama Jang Shin-jo (Im Chae-moo). Selepas bersara dia menjalankan perniagaan restoran dan memiliki sebuah restoran ala klasik @ bangsawan. Jang Shin-Jo memiliki empat orang anak yang kesemuanya perempuan. Drama Tasty Life adalah tentang seorang ayah dengan bermacam ragam kehidupan anak-anaknya seperti kisah cinta, perkahwinan, dan jatuh bangun dalam kehidupan. Dia selalu risau bila anaknya terlibat dengan orang yang berdendam dengannya sewaktu beliau menjadi detektif dahulu. Drama Tasty Life dibintangi oleh Im Chae-moo (A Thousand Days’ Promise), Yoon Jung-hee (Smile, Mommy!), Ryu Hyun-kyung (Salamander Guru & The Shadow Gang), Yoo Da-in, dan Hye Ri (K-Pop Group Girl’s Day).

     
credit onetvasia.com 


Drama ini disiarkan di saluran astro ONE HD pada pukul 7:40 mlm setiap hari Isnin hingga Khamis

p/s: Siapa kata jadi ibu saja yang kalut, mari kita lihat pula kebimbangan seorang ayah menjaga empat anak gadisnya. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.