Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

MAS Sertai Gabungan Oneworld Mulai 1 Februari 2013

As-salam,

Sejak diwar-warkan di TV mengenai satu perubahan besar akan berlaku pada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), saya tertunggu-tunggu juga. Apakah yang dimaksudkan dengan perubahan besar tersebut? Siap buat berita 'tergempar' gitu..rupa-rupanya syarikat terulung negara sertai rangkaian Oneworld. Apa itu oneworld?

 

Oneworld adalah salah satu daripada tiga kesatuan penerbangan terbesar di dunia. Ia diuruskan oleh Oneworld Management Company, yang berpengkalan di New York City, New York, US. Oneworld diasaskan pada tahun 1999 oleh American Airlines, British Airways, Canadian Airlines,Cathay Pacific, dan Qantas. Slogan Oneworld adalah "Oneworld revolves around you".

Di dalam kesatuan ONEWORLD mempunyai 12 syarikat penerbangan terkenal di dunia dan melaluinya, para pelanggan MAS boleh menempah tiket yang ada di dalam kesatuan ONEWORLD melalui MAS. Jadi, ia sebenarnya memudahkan urusan tempahan tiket ke destinasi pilihan kita. 

Senarai 12 syarikat penerbangan di dalam Oneworld (setakat Februari 2013):

Semoga MAS bertambah maju dan kukuh di mata global. Harapnya selepas ini perkhidmatan MAS pun lebih hebat dan menguntungkan semua pihak.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close