Merawat Gout Dengan Terapi Bekam Lintah

aynora nur | 15 February, 2013,10:08 AM |
Advertisement
As-salam,

Pernahkan anda mendapatkan rawatan bekam lintah untuk mengubati gout. Apakah perubatan terapi bekam lintah? Dalam banyak-banyak artikel yang saya baca di Google, perubatan bekam lintah telah dilakukan sejak lama dahulu.  Rawatan menggunakan lintah untuk perubatan semakin popular di antara kesemua rawatan alternatif. Bekam lintah digunakan untuk mengeluarkan darah semenjak 2500 tahun dulu semasa tamadun Mesir kuno lagi.

Bila rawatan moden dikenali, ia telah dikesampingkan dan dilupakan, sehinggalah ia kembali digunakan pada tahun 1980-an. Terapi lintah kembali digunakan apabila ia digunakan selepas pembedahan mikro untuk menghalang luka dari membengkak dan mengelakkan penggumpalan darah dari berlaku. Lintah akan menyedut lebihan darah, seterusnya mengurangkan tisu membengkak dan meningkatkan kadar penyembuhan selepas pembedahan.


Photo: DeRma DaRA...dArAH Photo: DeRma DaRA...dArAH
** Gambar hiasan curik dari FB En Hubby 


Kajian mendapati bahawa air liur lintah mengandungi 100 bahan biologi aktif termasuk hirudin iaitu bahan yang menghalang pembekuan darah.

Terapi bekam lintah dikatakan boleh mengurangkan stres, mengembalikan pola tidur yang normal, merawat penyakit-penyakit jantung, darah tinggi, arthritis dan sebagainya. Ia juga dikatakan boleh menyembuhkan kerosakan pembuluh darah pada tisu-tisu dan organ-organ badan, meningkatkan immuniti (daya tahan tubuh), mempercepatkan pengeluaran toxin dan menghalang strok (angin akhmar).

Mengikut pengalaman En Hubby saya, seekor lintah yang dibenarkan untuk berbekam berharga RM15.00. Lintah akan dipegang oleh ahli terapi dan secara sendirinya merayap mencari tempat yang ada darah beku. Tempoh seekor lintah menyedut darah bergantung berapa banyak darah kotor/beku di kawasan yang dihisap. Macam kes hubby saya, dia makan masa dekat 4 jam dengan hampir 15 ekor lintah!!

Yang tak bestnya, sampai rumah pun darah masih menitis dari tempat lintah gigit tadi. Kena tahan ajelah...     

Ada orang berpendapat, ia boleh mengantikan botox dan pembedahan plastik contohnya, artis Hollywood seperti Demi Moore menggunakan kaedah ini untuk mengeluarkan toksik dan membersihkan darahnya. Mungkin itu sebabnya kenapa beliau kelihatan lebih muda dari sepatutnya!.


p/s; Mana satu pilihan anda, sakit berterusan ataupun berbekam dengan terapi lintah. Geli? Saya pun tak sanggup...hihi
Tag : Info
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
6 Komen untuk "Merawat Gout Dengan Terapi Bekam Lintah "

eeee....saya takut dgn lintah nie....rela tak bekam kalau ngan lintah..

saya tengok gambar pun dah geli...

Wilma percaya dengan terapi nie...
Rasa segar terus bila buat bekam lintah nie ^_^

okey guna lintah..haha..gerak nyetnyetnyet...

RAWATAN BEKAM LINTAH ADA DI MELAKA SEBARANG PERTANYAAN
0127207819 (EMMA)

Kepada pesakit gout yg telah mengambil ubat cair darah di hospital tidak di sarankan membuat rawatan lintah.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top