Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Senarai Klinik 1Malaysia Di Seluruh Negara

As-salam,

Mengikut website kementerian kesihatan sebanyak 90 klinik 1 Malaysia telah dibuka (setakat artikel ini ditulis) di seluruh negara. Hanya terdapat 3 hingga 4 klinik ini di setiap negeri. Klinik ini bertujuan memudahkan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar di mana mereka, tidak lagi perlu berjalan jauh untuk ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah.




Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP). Kerajaan membenarkan PPP memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula. Bagaimanapun, Klinik ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.


OBJEKTIF KLINIK 1MALAYSIA

Menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.

SKOP PERKHIDMATAN
  • Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.
  • Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetes, Darah Tinggi dan Asma.
  • Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan
  • Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti Demam Denggi.
  • Khidmat Nasihat/Pendidikan kesihatan.

MASA OPERASI
Tujuh hari seminggu
10.00 pagi hingga 10.00 malam (termasuk cuti sekolah atau perayaan)

BAYARAN
Warganegara -RM1
Bukan Warganegara - RM15 


Bagi anda yang menghadapi kesukaran untuk bergerak dari satu klinik ke klinik yang lain, gunakanlah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi menangani masalah kurang mampu penduduk yang berpendapatan rendah.

Akan datang lebih banyak klinik kesihatan 1Malaysia akan dibuka di tempat anda! Bersabar ya.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Mohon betulkan maklumat berikut
    "Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh pembantu hospital (HA)"
    - sebenarnya dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) juga dikenali sebagai Pembantu Perubatan (Medical Assistan : M.A) sebelum ini. Istilah Pembantu Hospital (H.A) tidak lagi digunakan (hanya digunakan pada tahun 70'an

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close