Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sinopsis Drama Korea City Hunter

As-salam,

Tentu anda semua suka menyaksikan drama korea City Hunter lakonan hebat Lee Min Ho. Ingat tak lagi dia berlakon drama korea Boys Over Flowers? Dialah hero korea kegemaran saya sekarang. Untuk info, drama korea ini sedang ditayangkan di TV8 setiap Isnin - Jumaat (dari pukul 8:30 malam).

  

Sinopsis Drama Korea City Hunter

Lee Yoon-Sung (Lee Min-Ho) bekerja di Blue House sebagai pasukan rangkaian komunikasi kebangsaan (National Communication Network Team). Dia adalah pelajar cemerlang lulusan M.I.T. di U.S. dan memiliki kepakaran sebagai jurutera I.T. Di Blue House, Yoon-Sung bertemu dengan Kim Na-Na (Park Min-Young), yang bekerja sebagai pengawal peribadi. Kedua-duanya lalu jatuh cinta walaupun sebenarnya Yoon-Sung telah diberi amaran tentang perkara tersebut. Rancangan diatur adalah untuk misi membalas dendam..

7 tahun kemudian, Lee Yun-Sung pulang ke Korea Selatan. Dia telah diberikan amaran oleh Lee Jin-Pyo agar tidak jatuh cinta dengan mana-mana wanita kerana hidupnya nanti dikelilingi dengan darah, dendam dan amarah...

Satu ketika dahulu, Lee Jin-Pyo (Kim Sang-Jung) dan Park Moo-Yul (Park Sang-Min) bekerja sebagai pengawal peribadi di rumah presiden Korea Selatan di Blue House. Ketika presiden dan pegawai tinggi kerajaan melawat Myanmar, berlaku letupan yang dirancang oleh agen korea utara. Letupan tersebut tidak mencederakan presiden tetapi beberapa orang kakitangan atasan ada yang terbunuh. Sebagai menentang pembunuhan tersebut, lima orang pegawai tertinggi korea Selatan telah merancang satu operasi ke Korea Utara dan membunuh agen-agen tersebut. Tanpa pengetahuan presiden, pengawal Lee Jin-Pyo dan Park Moo-Yul mengumpulkan orang-orang mereka untuk menyertai misi merbahaya tersebut. Mereka akan diturunkan dekat kawasan sempadan Korea Utara dan cuba memasuki korea utara dan melakkan pembunuhan tersebut. Selesai tugasan mereka, Choi Eung-Chan berjanji akan menyediakan pasukan marin yang sedia membawa mereka kembali ke Korea Selatan.

Drama City Hunter ini kemudiannya  banyak insiden imbas kembali di mana Lee Jin-Pyo yang mengambil lee Yoon-Sung semasa kecil menceritakan kisahnya dikhianati oleh rakan mereka sendiri. Itulah sebabnya Lee Jin-Pyo menggunakan Lee Yoon-Sung untuk membalas dendam. Bagaimana dia berjuang untuk hidup dan kembali ke korea selatan untuk misi membalas dendam tersebut.

p/s: Berjayakah Lee Yun-Sung menyelesaikan misinya dan siapakah sebenarnya dalang di sebalik kegagalan misi Lee Jin-Pyo pada satu masa dahulu? Mari kita sama-sama nantikan...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close