Asteroid Sepanjang 140 Meter Hampiri Bumi

loading...
As-salam,

Ramai orang bercakap tentang asteroid sejak dua menjak ni, yang terkini adalah pada bulan lepas di mana sebuah asteroid bersaiz sebuah bas meletup di ruang udara Russia. Tentu ada yang kurang tahu apakah bendanya asteroid ni? Untuk rujukan bersama, saya paparkan info tentang asteroid.




Asteroid ialah objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahari yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Oleh sebab itu, asteroid tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet) atau dikenali sebagai planetoid.

Asteroid dipercayai merupakan lebihan cakera proto planet yang tidak membentuk planet ketika pembentukan sistem suria dahulu. Sesetengah asteroid mempunyai bulan.

Kebanyakan asteroid berada di gelang asteroid dalam orbit bujur antara marikh dan musytari.
Yang terbaru, petikan daripada Berita Harian mengenai perkembangan terkini asteroid yang kadangkala menyeramkan juga,

1) Di Cape Canaveral, sebuah Asteroid sebesar satu kawasan bandar bergerak hampir dengan Bumi kelmarin, dengan panjang 140 meter merupakan kejadian terbaru dalam beberapa siri objek angkasa lepas termasuk sebuah asteroid bersaiz sebuah bas meletup di ruang udara Russia bulan lalu.

2) Asteroid itu baru dikesan enam hari lalu, sepanjang 140 meter diberi nama ‘Asteroid 2013 ET’ berada kira-kira 950,000 kilometer ketika lalu dekat dengan Bumi jam 3.30 petang EST (2030 GMT). Jarak berkenaan adalah kira-kira dua setengah kali ganda jauh dari bulan dan dianggap dekat jika menggunakan skala kosmik.

3) Asteroid 2013 ET bergerak pada kelajuan kira-kira 41,843 kilometer sejam, asteroid itu boleh memusnahkan sebuah bandar besar jika ia melanggar Bumi. Begitu pendapat seorang jurutera teleskop Slooh, Paul Cox. Asteroid 2013 ET adalah lapan kali ganda lebih besar berbanding asteroid bersaiz sebuah bas yang meletup di ruang udara Chelyabinsk, Russia, pada 15 Februari lalu.

4) Kekuatan letupan itu bersamaan 440 kiloton dinamit, mencetuskan gelombang kejutan hingga memecahkan cermin dan merosakkan bangunan selain mencederakan lebih 1,500 penduduk.

5) Lewat hari itu, satu lagi asteroid kecil dikenali sebagai DA14 melepasi 27,680 kilometer dari Bumi, lebih hampir berbanding satelit cuaca di orbit. Dua lagi asteroid kecil juga akan berada hampir dengan Bumi hujung minggu ini.

REUTERS

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.