Beckham Jadi Duta Bolasepak China

As-salam,

Bintang bolasepak terkenal dunia David Beckham secara rasminya telah menjadi duta bolasepak China. Menurut Beckham dengan menerima perlantikan tersebut beliau boleh meningkatkan imej permainan sukan tersebut di China. Tambahnya lagi, tumpuan beliau adalah untuk membangunkan sukan di peringkat akar umbi.


Perlantikan bekas pemain antarabangsa England itu dilihat sebagai usaha yang bersungguh-sungguh oleh Liga Super China untuk pulih dari tahun yang penuh rasuah dan penetapan perlawanan.

David Beckham 

Baca berita penuh daripada,  http://news.abnxcess.com/bm/2013/03/peranan-baru-beckham-di-china/

BEIJING – Bekas kapten England, David Beckham dinamakan sebagai duta bola sepak pertama China sebagai usaha negara itu memulihkan imej sukan bola sepak dari gejala penetapan perlawanan dan penghijrahan keluar pemain bertaraf antarabangsa dari liga domestik mereka.

Peranan terkini Beckham yang baru menyertai kelab Perancis, Paris Saint Germain Januari lalu adalah untuk mebangunkan Liga Super China (CSL) ke peringkat tertinggi dunia dan mempromosikan bola sepak di negara dengan populasi penduduk paling ramai di dunia itu.

“Saya sangat berbesar hati diminta untuk memainkan peranan penting dalam sejarah bola sepak China bagi tempoh ini,” Beckham dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh IMG.

“Saya teruja prospek mempromosikan permainan terhebat dunia kepada peminat sukan di China kerana saya telah melihat secara langsung kepentingan kepentingan bola sepak di sana.

“Ini adalah sukan yang memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia, jadi saya menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan lebih ramai peminat kepada sukan ini.”

China meraih perhatian dunia apabila pemain ternama seperti Nicolas Anelka dan Didier Drogba serta jurulatih berprofil tinggi termasuk Marcello Lippi memilih kelab berbelanja besar CSL sebagai destinasi untuk mereka meneruskan karier.

Bagaimanapun selepas semusim, masing-masing Drogba dan Anelka menamatkan persinggahan mereka di China, memilih beraksi di peringkat lebih tinggi yang dilihat lebih penting buat mereka.
 Tamparan terbesar hadir awal bulan ini apabila Persatuan Bola sepak China (CFA) menghukum 58 orang keseluruhan, termasuk dua pemimpin bola sepak, dengan sekurang-kurangnya tiga tahun penggantungan bagi membersihkan gejala rasuah bola sepak.

Tampil salah seorang pemain bola sepak terkemuka serata dunia, Beckham 37 tahun, pernah berkhidmat selaku duta khas kepada temasya Olimpik London 2012. Justeru pegawai China menjangkakan populariti dan pengaruh beliau mampu memulihkan kredibiliti sukan terutama bola sepak di negara itu.
 “2013 menandakan ulangtahun ke 20 bola sepak profesional di China dan perlantikkan duta khas David Beckham bakal menarik perhatian dunia terhadap bola sepak di China dan CSL,” seorang pegawai CFA dipetik berkata dalam satu kenyataan.

“Ketika di China, beliau akan menghadiri perlawanan CSL dan melawat kelab-kelab bagi mendapatkan gambaran lebih mendalam tentang bola sepak di China.
“Beliau juga akan membantu kami untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada ramai kanak-kanak supaya terlibat dengan sukan hebat ini.”

Sepak mula kalendar musim baru Liga Super China (CSL) dijadual berlangsung Jumaat ini. – Reuters


Selamat membaca, happy reading!

1 comment:

  1. peranan duta amat penting dalam suatu pembangunan bola sepak...bila rasuah semuanya akan jadi hancurrr....

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.