Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berita Terkini Adik Sultan Sulu Agbimuddin Kiram Masih Di Sabah?

As-salam, 

Melalui Buletin Pagi TV3 sebentar tadi memaklumkan bahawa Ops Daulat sedang memasuki fasa akhir setelah hampir 10 hari dilancarkan. Angkatan Tentera Malaysia sedang menyediakan kelengkapan kereta kebal, perisai dan peralatan perang untuk operasi penggeledahan akhir. Selepas didapati semua kawasan selamat, barulah Operasi Daulat ditamatkan.


Ehsan Berita Harian

Namun melalui laporan Berita Harian, ketua pengganas iaitu Agbimuddin Kiram, dipercayai terkepung di Gugusan Labian, dekat sini, kerana gagal meloloskan diri ke selatan Filipina. Anak buahnya dipercayai cuba melarikan adik Jamalul Kiram III itu, tetapi gagal berikutan kepungan ketat pasukan keselamatan di darat dan laut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata Agbimuddin dipercayai disembunyikan anak buahnya bagi mengelak daripada ditahan, cedera atau terbunuh jika bertempur dengan pasukan keselamatan.


Sembunyi di zon perang

Pasukan tentera yakin bahawa Agbimuddin bersembunyi di zon perang dan sedang menyusun taktikal perang. Pasukan keselamatan terus berusaha membawa keluar mayat pengganas Sulu untuk dibedah siasat selepas 25 mayat berjaya dikeluarkan setakat ini.

Selain itu, Kampung Sungai Nyamuk, Sungai Bilis dan Tanjung Batu terus dikepung pasukan keselamatan manakala operasi mencari serta menggeledah diteruskan.

Semoga anggota keselamatan terus berhati-hati dalam menjalankan misi di atas. Semoga anda semua terselamat dan dalam perlindungan Allah...

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Semoga semua dalam perlindungan Allah sentiasa.. Amin

    ReplyDelete
  2. sedih...tetapi moral & perjuangan anggota keselamatan kita amat tinggi dalam mengharungi peperangan ini....

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close