Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berita Terkini | Sabah Sah Milik Malaysia

As-salam,

Daripada website Berita Harian (5/3/2013), semalam Menteri penerangan Komunikasi & Kebudayaan menjelaskan bahawa Sabah sah milik Malaysia.  


 


1) Menurutnya lagi, Sabah adalah milik Malaysia yang sah mengikut undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dituntut pihak lain termasuk kumpulan pengganas yang mendakwa tentera Sultan Sulu. Hak ke atas Sabah yang dulu dikenali Borneo Utara, telah diperoleh Syarikat Overback pada 1880-an daripada Kesultanan Sulu.

2) Apabila Overback serahkan hak milik itu kepada Britain dan seterusnya diserahkan kepada Malaysia, maka segala hak mereka lupus mengikut undang-undang antarabangsa. Apa yang dibayar kepada kerabat Sultan Sulu, iaitu kira-kira RM5,000 setahun hanya wang ehsan atau sagu hati.

3) Wang ehsan telah dibayar kepada kerabat yang didaftarkan sebagai pewaris Sultan Sulu yang disahkan Sultan Brunei dulu dan bukannya pihak yang menceroboh Sabah ketika ini.

4) Dr Rais Yatim juga meminta Wisma Putra membuat penjelasan mengenai perkara itu secara mendalam bagi mengelakkan salah faham. Beliau juga menjelaskan, Sabah menyertai Malaysia secara sah berdasarkan keputusan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 yang mendapati semua pihak di negeri itu bersetuju.
Keputusan suruhanjaya Cobbold itu menunjukkan rakyat Sabah mahu menyertai Malaysia. Jadi jelas, Sabah sah hak Malaysia dan tidak boleh dituntut mana-mana pihak atau negara lain.

Mengikut laman web Arkib Negara, pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya itu dibentuk hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Britain pada November 1961. Tujuan penubuhan suruhanjaya itu untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia.

Hasil laporan suruhanjaya yang disahkan perwakilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan 80 peratus penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang kemudian diisytiharkan pada 16 September 1963.



Sumber : Berita Harian Online

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. baru sekarang diorg nk kecoh2 ... tah apa2 jerk. sampai berlaku pertumpahan. YaAllah ... selamatkan lah bumi Malaysia

    ReplyDelete
  2. balik ke tingkatan 4 n 5, belajar sejarah semula.. ;p

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close