Enter your keyword

29 March, 2013

Merawat Dosa Dengan Menangis

As-salam,

Kehidupan adalah perjalanan panjang menuju ke satu destinasi. Setiap insan di muka bumi ini mempunyai matlamat akhir perjalanan hidup masing-masing. Dan, dalam mengharungi perjalanan itu siapakah yang tidak berdosa? Kita semua hamba yang berdosa. Namun jangan pula lupa, Tuhan tidak mengubah nasib seseorang melainkan kita sendiri yang mencorakkan dan mengubahnya! 

Dan mari kita jadikan kata-kata Imam Ghazali sebagai azimat dan motivasi, "Siapa yang lebih baik hari ini dari sebelumnya maka beruntunglah dia. Dan siapa yang hari ini sama seperti yang sebelumnya rugilah dia. Dan siapa yang hari ini lebih teruk dari sebelumnya celakalah dia”.

Bagaimana Merawat Dosa-Dosa Semalam


Dosa silam sering menghantui lagi-lagi ketika kita sedang mengatur langkah menuju titik perubahan. Dosa kecl dan dosa besar yang silih berganti kita lakukan terutamanya pada usia remaja baru mengenal dunia dahulu. Pada kita, ah! lama lagi hidupku ini di muka bumi, esok lusa bila dah tua-tua bolehlah bertaubat...

1) Menangislah! Dan menangis lagi...itulah amalan terbaik untuk kita merawat dosa-dosa semalam.

Dari Uqbah bin Amir dia bertanya kepada Nabi SAW: "Apakah amal unutk selamat?Jawab baginda:”Jagalah lidah dan menangislah selalu terhadap dosa-dosamu”.

Menangis kerana menginsafi segala dosa yang dilakukan adalah bagus kerana dengan tangisan ini boleh menimbulkan rasa hendak menebus dosa lalu, dan segera ingin bertaubat. Dalam masa yang sama kita ingin selalu melakukan kerja-kerja kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin.



2) Apabila sudah malam dan semua orang pergi tidur, maka kita harus sedar barangkali itulah pembaringan kita yang terakhir tidak bangkit lagi esok harinya, atau mungkin sudah sampai di situlah tempoh kita di dunia. Umur yang sudah digunakan kepada perkara-perkara dosa dan tidak berfaedah, ketika hendak tidur itu, hendaklah meminta ampun kepada ALLAH dengan hati yang sungguh-sungguh dan perasaan amat menyesal. Kemudian bacalah ma’uzataian, surah al-ikhlas, al-kafirun dan zikir2 yang warid dari Nabi saw.

Sesungguhnya setiap kali Rasulullah saw hendak tidur, baginda berdoa:

Segala puji bagi ALLAH yang telah memberi kami makan dan minum yang memberi kecukupan dan menidurkan kami, kerana ramai manusia yang tidak pernah merasa cukup dan tidak pula mempunyai tempat berteduh (tempat untuk tidur selesa).
Selain daripada di atas, ada banyak lagi cara-cara merawat dosa silam yang kelam. Ini adalah sebahagian perkongsian untuk kita, untuk hati-hati yang menangisi dosa semalam. 

Yang baik-baik datangnya dariMu Ya Allah..

Selamat membaca, sebarkan dan amal. 

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.