Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Korea Lie To Me

As-salam,

Drama Korea Lie To Me antara drama korea yang menarik pernah saya tonton. Ia kisah drama dan romantik berselang dengan komedi selamba yang boleh menceriakan hari anda...



Sinopsis Drama Korea Lie To Me 

Gong Ah Jung, wanita muda dan cantik yang bertugas di Kementerian Kebudayaan, terjebak dengan pembohongan apabila dia berpura-pura mengaku telah berkahwin dalam usaha untuk menghentikan pertanyaan tentang kehidupan peribadi beliau. Suami pura-puranya (lakonan) adalah Hyun Gi Jun, seorang presiden hotel dari keluarga mewah. Walaupun pada mulanya Ah Jung tidak endah dengan khabar angin tentang perkahwinan palsunya, Gi Jun ikut sama berpura-pura sepertinya juga. Tetapi hubungan mereka menjadi rumit apabila bekas tunang Gi Jun muncul semula dalam hidupnya.

Dapatkah hubungan mereka menjadi realiti atau pembohongan demi pembohongan terpaksa dilakukan demi menyembunyikan status sebenar mereka?



Drama Lie To Me ini dibintangi oleh Kang Ji Hwan (Hyun Ki Joon), Ryu Seung Soo (Chun Jae Bum), Yoon Eun Hye (Gong Ah Jung), Hong Soo Hyun (Yoo So Ran), Kwon Se In (Park Hoon), Sung Joon (Hyun Sang Hee), Jo Yoon Hee (Oh Yoon Joo).

Drama ini bersiaran sebanyak 16 episod. Jika anda mahu menonton drama Lie To Me ini boleh mendaftar secara percuma di dramafever.com.


Selamat membaca, happy reading...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close