Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kronologi Kemalangan Maut Di Jalan Lipis - Merapoh

As-salam,

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana samada kepada orang yang berhati-hati ataupun sebaliknya. Sesungguhnya kita kena percaya bahawa jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Begitu juga kemalangan maut yang berlaku beberapa hari lepas di Jalan Lipis - Merapoh. Dalam bulan ini saja ada 2 kemalangan maut yang berlaku di kawasan tersebut. Tida siapa mahu terlibat dalam kemalangan ngeri begitu tetapi Allah Maha Mengetahui!

Apakah sebabnya? Adakah sikap lalai, mengantuk, ingin cepat sampai ataupun ada faktor lain yang menyumbang kepada tingginya jumlah kemalangan di jalan tersebut. Mari sama-sama kita fikirkan sejenak. Dan, jangan lupa hadiahkan Al-Fatihah kepada kesemua mangsa yang pernah terlibat di dalam kemalangan di jalan Lipis - Merapoh ini.

Ehsan daripada Utusan

Kronologi Kemalangan Di Jalan Lipis - Merapoh Yang Perlu Kita Renungi

15 Mac 2013

Seorang bayi antara empat yang maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspress dan kereta di KM 17, Jalan Lipis-Merapoh pukul 12:40 pagi.    

7 Mac 2013

Seorang lelaki putus kaki kanan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian apabila lori minyak diesel yang dipandunya terbabas dan terbalik di KM 59, Jalan Lipis-Merapoh, Bukit Tujuh kira-kira jam 9:45 pagi.

25 Oktober 2012

Dua sahabat pulang untuk menyambut perayaan Aidiladha maut selepas Perodua Kancil yang dinaiki bertembung dengan kenderaan Pegawai Penyiasat Polis dari Tanah Merah Kelantan di KM 7, Jalan Lipis-Merapoh di Kampung Sungai Yu.

10 Januari 2012

Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala ibu, bapa dan abangnya cedera parah selepas Proton Wira yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas di KM 98, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis.

30 November 2011

Sepasang suami isteri maut apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah van di KM 9, Jalan Lipis-Merapoh berhampiran dengan Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan.

2 November 2011

Tiga sekeluarga terbunuh selepas kereta dinaiki bertembung dengan pacuan empat roda di KM 81, Jalan Lipis-Merapoh berdekatan dengan Kampung Kubang Rusa.

7 April 2011

Dua wanita maut manakala dua lagi parah apabila kenderaan Perodua viva yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam nahas di KM 24, Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran Ladang Selbourne, Lipis.

6 November 2010

Hajat dua bersaudara mahu mengambil motorsikal berakhir tragedi apabila mereka terbunuh selepas Mitsubishi Storm dinaiki bertembung dengan lori di KM 67, Jalan Lipis-Merapoh.

23 September 2010

Dua terbunuh dan empat parah dalam nahas di KM 9, Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran Maktab Perguruan Lipis.

Info di atas adalah sekadar renungan kita bersama dan pihak yang sepatutnya. Kajian sepatutnya diambil bagi meneliti mengapa jumlah kemalangan kian bertambah di jalan tersebut.

** Sumber

Selamat membaca...happy reading!    

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. tentu ada sesuatu di laluan tersebut, tak pernah lagi lalu di situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kot...atau jalan dibina tak ikut bentuk muka bumi...entahlah

      Delete
  2. Hati2 lah di jalan raya... hmmmmm

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close