Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 | Jadual Pelarasan Dan Gred Gaji Anggota ATM & PDRM Di Setarakan

Berita terkini kenaikan gaji kakitangan awam 2013 begitu dinanti-nantikan oleh semua warga kakitangan awam di Malaysia. Setelah menanti dari penghujung tahun lepas, akhirnya kenaikan gaji kakitangan awam menjadi kenyataan. Tahniah buat semua penjawat awam di negara kita.


Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain. PM berkata, ia mencakupi skop tugas, struktur pangkat dan kelayakan ATM dan PDRM.



1) Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner (ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

2) Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam: PM

3) Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.

4) Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri.

5) Datuk Seri Najib berkata lagi, melalui penyelelarasan gred itu, gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam. 

Contoh gaji Gred DG52 Tahun 2012

Untuk bacaan cadangan tangga gaji polis :  http://www.aynoranur.com/2013/03/cadangan-jadual-gaji-baru-pdrm-2013.html

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman percaya bahawa keserataan pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan perkhidmatan awam am akan menarik minat lebih ramai menyertai pasukan keselamatan.

Keserataan gred jawatan dan gaji ini adalah satu lonjakan drastik untuk ATM serta PDRM dan kerajaan amat menghormati peranan mereka. Dengan itu, inisiatif untuk kakitangan awam am lain juga berupaya menggerakkan mereka supaya lebih produktif.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Dipercepatkan Ke 1 Julai 2013

Oleh itu, kenaikan gaji penjawat awam di awalkan pada 1 Julai 2013 dan masing-masing mendapat faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT). Ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320. 

Perbelanjaan kos kenaikan gaji semua kakitangan dan penjawat awam dianggarkan bernilai RM1.5 bilion. Jadi kepada penjawat awam, janganlah asyik mengeluh dengan kos sara yang tinggi tetapi fikirkan juga berapa banyak kerajaan telah berkorban untuk anda. Berilah semula dan balas jasa kepada negara tercinta ini dengan output dan hasil yang membanggakan negara!

Penambahbaikan Elaun Kakitangan Awam 

Nasib kakitangan awam akan lebih terbela berikutan keputusan kerajaan mengkaji semula 87 elaun termasuk elaun bantuan sara hidup (COLA) serentak dengan penambahbaikan 22 skim perkhidmatan awam. Penambahbaikan itu dijangka siap sebelum hujung tahun ini dan diumumkan sama ada pada akhir November atau awal Disember 2013. Wah!! Dapat durian runtuh!!

Syor skim perumahan khas

Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat cadangan kepada kerajaan mewujudkan skim perumahan khas kakitangan awam, terutama generasi muda.

Ramai penjawat awam yang mahu memiliki rumah di bandar besar tapi tidak kesampaian kerana kenaikan mendadak harga rumah. JPA akan melihat sama ada skim yang disyorkan ini boleh digabungkan dengan skim perumahan PR1MA.

Terima kasih PM!

Read More ....


Post a Comment

39 Comments

  1. Bertuahnya sebagai penjawat awam di bumi tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bertuah, saya hanya memerhati saja...

      Delete
  2. untung ler dorang....
    salam perkenalan...jom singgah blog kita...
    http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/03/segmen-mari-tambah-kenalan-dari-blog.html#comment-form

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap! untung berganda-ganda, elaun pun dikaji semula.

      Delete
  3. he he he....sayang aku buka keje gomen...
    http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/03/2-pagi-dengan-laksam.html

    ReplyDelete
  4. Camna bagi pesara pesara kerajaan ada tempias tak yang diumumkan semalam oleh PM

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut sejarah lepas, pencen pun naik juga...dapatlah tempiasnya pada pesara semua

      Delete
  5. Camna bagi pesara pesara kerajaan ada tempias tak yang diumumkan semalam oleh PM

    ReplyDelete
  6. Promosi Rainbow AlQuran & Ribbon Watch! Sehingga 23 Mac 2013. Siapa cepat dia dapat.

    http://bit.ly/cd2aQx

    ReplyDelete
  7. Saya tag giveaway nie.....
    http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/03/giveaway-gempak-bersama-nazlyizan.html

    ReplyDelete
  8. Kop keatas je ke.?kami yg pbt ni xde ke? Erm dah la dah la 11 tahun berkhimat ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kop = koperal ke? cuba check pekeliling terbaru bil 2/2013 di JPA, pbt pun dapat kenaikan dan keistimewaan..

      Delete
  9. Assalam,

    salam ukhuwah dan salam kenal dari bunda...

    ReplyDelete
  10. nak tanya ni skim tanggagaji Gred S17 P1T26 brp?

    ReplyDelete
  11. skim tanggagaji 2013 GRED S17 P! T26 ialah RM 2526.03

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekeliling terbaru 2/2013 dah takde P &T lagi. Gaji minimum & maksimum je lah....

      Delete
    2. sejak bila ada T26????

      Delete
    3. bukankah gaji maksimum Gred S17 ialah RM 3071 ?

      Delete
  12. semoga menjadi satu semangat buat mereka utk lebih yakin berjasa buat negara :)

    ReplyDelete
  13. salam..singgah baca entri dan nak ajak join segmen http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/04/1st-segmen-selamat-hari-lahir-by-kathy.html

    ReplyDelete
  14. kenaikannya gaji guru bila pula? Ni nk buat overlap kt bank. Bulan mana akan dpt gaji baru?

    ReplyDelete
  15. gaji baru ni akan masuk mulai bulan berapa?

    ReplyDelete
  16. gaji baru ni akan masuk bulan berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rujuk PM kata hanya PDRM dan tentera kenaikan start bulan Januari. Perkhidmatan awam lain dijangka 1 Julai 2013.

      Delete
    2. x dapat lagi pun dah bulan 7 ni...mana penyelarasan gajinyer ?

      Delete
  17. alhamdulillah baru jer lulus temuduga spa, kbetulan pla dgn penambaikan, rasa- rasanya pekerja baru pun dapat menikmati juga perkara ini (seandanya bulan 7 ni bru 2 bulan bekerja?) terima kasih...

    ReplyDelete
  18. banyak kemudahan dan keistimewaan yang kita dapat di Malaysia ni. Semoga kita semua bersyukur dengan rezeki yang tuhan bagi ini.

    ReplyDelete
  19. Memang dah patut lama geng2 ni naik gaji..

    ReplyDelete
  20. berbaloi juga hasil kerja mereka selama ni, dah naik gaji pun...

    ReplyDelete
  21. Salam...
    Nk tanya, klu kenaikan diawalkan pd julai 2013,bermaksud, thn dpn, kakitangan kerajaan xde apa2 kenaikan ker?

    ReplyDelete
  22. Kenaikan bagi pesara polis bila pula dato seri. Nampak tak selaras jer, wlaupun sama pangkat. Pencen depa yang diumumkan baru2 ni pun sama dengan mat gaji depa yang besara pada awal tahun lalu jer. Kena kajilah juga. Wallahual'ambisawob.

    ReplyDelete
  23. SALAM.... HAKIKATnya Setiap Perkhidmatan ada Kesenangan, Kesukaran, Cabaran, Risiko & Kepentingan tersendiri yang berbeza mengikut tugas /tanggungjawab. JADI walau pun Gred Gaji sama namun jumlahnya ada sedikit perbezaan. BUANGkan jauh-jauh SIFAT Hasad Dengki , asyik merungut, X puas Hati, sentiasa MEMANDANG REMEH & MUDAH TUGAS Jabatan atau orang lain. IKHLASkan hati ketika berkerja & terima imbuhannya. Contoh DG48 (GURU) Gaji T1 hingga mati skim lebih rendah dari U48 (Doktor Perubatan) Gred Z46A Tentera/ 46 PDRM tapi lebih Tinggi dari kebanyakan Jabatan lain. Begitu juga dengan kemudahan dan elaun-elaunnya...So Banyak Bersabar & tarikkkkkk nafas...Redha & Ikhlas...

    ReplyDelete
  24. nak tanya..lapor diri sept.nie tangga gaji ikut RM9xx ..bg staff sokongan..xde kenaikan gaji kah?

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close