Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jadual Peperiksaan MUET Tahun 2013

As-salam,

Apakah anda salah seorang calon peperiksaan MUET pada tahun ini? Sudahkah anda bersedia? Jangan takut, MUET tidaklah susah sangat seperti yang disangka. Ikuti panduan yang ditetapkan dan baca buku yang disediakan, insya'Allah, anda semua mampu menjawabnya,

Apakah itu MUET? MUET adalah singkatan kepada Malaysian University English Test.

Calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama dikehendai mengambil peperiksaan MUET. Mulai tahun 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November. Tiada apa-apa syarat dikenakan ke atas calon yang mahu menjalani peperiksaan MUET.

Ada empat kertas dalam peperiksaan MUET iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing). Mulai tahun 2012, kadar bayaran yuran MUET adalah sebanyak RM100.00. Pendaftaran peperiksaan MUET dibuat secara dalam talian (online). Calon boleh melayari Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau http://www.mesp.gov.my/Online untuk mengetahui cara membuat pendaftaran.


Jadual Peperiksaan MUET Tahun 2013

Calon boleh menyemak status pendaftaran dengan dua cara:

i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET INFO <jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.


Calon juga boleh mencetak slip daftar MUET (MUET/D) melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my

Calon dikehendaki mengisi borang MUET/C2 yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my dan mengemukakan permohonan kepada MPM melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, selewat-lewatnya dua sebulan sebelum peperiksaan bermula. Caj sebanyak RM25.00 dikenakan bagi setiap calon. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama "Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia".

Perlu diingatkan bahawa calon tidak boleh menangguhkan peperiksaan MUET.

Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut:

(a) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.
(b) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Calon boleh menyemak status keputusan MUET dengan dua cara:

i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET RESULT<jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.

Mulakan sekarang sebelum terlewat...

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Huhuhu.... dah tak amik peksa dah

    ReplyDelete
  2. dh lepas dh aritu...hihi..

    nota cinta: nanti rajin2 lah singgah blog js ye...dh msk dlm bloglist js dh....hihi

    ReplyDelete
  3. You have some really good ideas in this article. I am glad I read this. I agree with much of what you state in this article. Your information is thought-provoking, interesting and well-written. Thank you.

    uy Dissertations

    ReplyDelete
  4. You have some really good ideas in this article. I am glad I read this. I agree with much of what you state in this article. Your information is thought-provoking, interesting and well-written. Thank you.

    uy Dissertations

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close