Krisis Pencerobohan Di Sabah, Di Mana Letaknya Tentera kita?

aynora nur | 04 March, 2013,5:57 PM |
Advertisement
As-salam,

Mesti kita tertanya-tanya mengapakah setelah bilangan anggota keselamatan yang terkorban semakin bertambah dari sehari ke sehari, mengapakah polis sahaja yang dikerah? Dimanakah askar-askar kita? Mengapa hanya PDRM yang membuat kenyataan dan sesekali pengarah ATM bersuara. Mari kita baca pendapat berikut yang keseluruhannya saya ambil dari facebook 1Sabah...  



MENGAPA POLIS YANG DIKERAHKAN DAHULU?

Dalam situasi ini , kita kenalah faham , Mengapa Polis Hutan (PGA) dan VAT69 yang dikerahkan dahulu. Tujuan asal OPS Serkap / Sulu ini adalah untuk berunding dengan penceroboh (mundu) untuk keluar dari kawasan yang diceroboh dan untuk menangkap penceroboh sekiranya mereka enggan meninggalkan kawasan yang diceroboh.

Peristiwa berdarah dengan lepasan Mortar yang meragut 2 nyawa anggota VAT69 (Very Able Trooper 69) menandakan perang tercetus diantara penceroboh dan anggota keselamatan kita.

DIMANA LETAKNYA ASKAR KITA?

Ramai juga yang mempertikaikan dimana Askar kita ? GGK? Komando?Mengapa Polis yang diarahkan terlebih dahulu.Untuk pengetahuan anda , tentera hanya akan bertindak dengan arahan dan sekiranya pihak Polis tidak dapat mengawal situasi tersebut, (dalam situasi ini , sekiranya perintah Darurat disytiharkan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Tentera akan mengambil alih OPS) . Disaat ini pun , pihak tentera diarahkan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

MENGAPA TIDAK DISYTIHARKAN PERANG TERHADAP PENCEROBOH?

Pokok persoalan yang menjadi tanda tanya , mengapa tidak dihapuskan sahaja penceroboh ini? tembak? bom? hapuskan tanpa perlu berunding kerana ini melibatkan kedaulatan negara. Banyak perkara yang perlu diambil kira sekiranya Malaysia ingin mengisytiharkan perang.

Perkara-perkara berbangkit selepas ini sekiranya kita tidak mengadakan rundingan terlebih dahulu.Salah satunya seperti , diplomasi luar Malaysia. Tidak mustahil selepas ini sekiranya penceroboh (Kesultanan Sulu) ini terus digempur , akan wujudnya sekutu-sekutu (ghaib) yang cuba membantu penceroboh ini.

Janganlah politikkan isu ini dengan menyamakan konflik Lahad Datu dengan demonstrasi jalanan Bersih, kerana ianya dua hal yang berbeza. Dalam apa-apa situasi pun , pihak keselamatan kita sememangnya akan berunding terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa tindakan. Dan isytihar perang juga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat sewenangnya.

Negara kita mempunyai institusi beraja dan mengangkat Islam sebagai agama rasmi. Di dalam Islam, mengisytiharkan perang bukanlah sesuka hati, tetapi mempunyai proses-proses yang perlu diambil kira , seperti berunding dan sekiranya boleh mengelakkan pertumpahan darah. Kita masih memikirkan adab-adab tersebut.

Al-Fatihah kepada pejuang negara. Semoga Balu dan Anak-anak terus tabah menghadapi ujian Allah ini.

p/s: Sebelum bercakap sesuatu, fikirkan dahulu.. Kerana dosa yang paling senang kita tuai ialah melalui lisan. Allahu' Alam..

By: Roslan Md Sani
daripada Facebook http://www.facebook.com/SabahanVoice

Sudah baca penerangan di atas? Anda pun mungkin macam saya, tertanya-tanya apa fungsinya ATM bila tiba keadaan mencemaskan sebegini? Akhirnya saya faham, berilah peluang pihak PDRM menyelesaikan krisis pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dan 3 kampung sekitarnya, dengan cara berdiplomasi.

Jika semua cara perdamaian tidak berjaya barulah strategi gempur dan perangi musuh dilakukan dengan tanpa diplomasi lagi. Kini akhirnya, pada 3 Mac 2013 angkatan tentera kita telah bersiap sedia untuk melancarkan operasi memerangi musuh yang menceroboh negara kita. Kita tunggu saja perisytiharan darurat di kawasan yang terlibat. Kemudian kuasa mutlak di tangan tentera...

Doakan yang terbaik buat semuanya...berdoa yang baik2 untuk semua sahabat kita di sana.  
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Krisis Pencerobohan Di Sabah, Di Mana Letaknya Tentera kita?"

tapi kan dah ada pertumpahan darah...hurm...tak pa la..kita tunggu dan berdoa ja smoga keadaan kembali seperti biasa

Setuju dengan ulasan di atas. Wajar perundingan dijalankan sebelum pendekatan lebih drastik diambil. Cuma persoalan timbul...sebelum pengganas ni bertapak di lahat datu kenapa kita dapat menghalang kemasukan mereka....masuk dengan ALA TENTERA.

Ada kelemahan di pihak kita dari segi pengawalan sempadan.

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top