Kronologi Pencerobohan Tentera Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah

aynora nur | 15 March, 2013,8:34 PM |
Advertisement
As-salam,

Perkembangan terkini di Lahad Datu Sabah. PM sahkan bahawa dua anggota polis mati dan tiga cedera dalam insiden tembak menembak di Lahad Datu, sabah pagi tadi.

Perdana Menteri memberi kuasa kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk ambil tindakan sehingga kumpulan penceroboh Sulu ditumpaskan. Mari sama-sama kita doakan agar tentera dan polis yang terlibat dengan usaha keamanan di Lahad Datu Sabah memperoleh kejayaan dan mengusir penceroboh yang tidak diundang itu keluar dari negara kita. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH!!



Kronologi Kejadian Ceroboh Tentera Sultan Sulu di Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah

12 Februari 2013

1) Kumpulan bersenjata warga Filipina telah menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu. 

2) Kumpulan terbabit memiliki seramai lebnih kurang 200 anggota dan antaranya terdapat lima orang wanita

3) Namun keadaan terkawal dan dikatakan tiada kekasaran dilakukan ataupun menganggu penduduk kampung.  

4) Penceroboh-penceroboh itu telah menyusup berlindung di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kedatangan mereka dikatakan menyebabkan ramai penduduk kampung itu keluar melarikan diri menuju ke Tanjung Labian di Lahad Datu untuk berlindung.

5) Kesemua penceroboh lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjatakan senjata api seperti M14, M16 dan .45mm dan juga beberapa senjata tajam.

 
15 Februari 2013

1) PDRM telah selesai berunding dengan ketua kumpulan bersenjata warga Filipina yang telah menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu pada 12 Februari 2013 yang lalu. 

2) Sumber polis berkata sekitar jam 5 petang Khamis (14/2/2013), satu rundingan telah diadakan diantara Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah, ACP Zulkifli Abd Aziz dengan ketua kumpulan bersenjata itu yang dikenali sebagai Datu Agbimudin Datu Kiram yang didakwa sebagai Raja Muda Sultan Sulu.

3) Hasil perbincangan akan diumumkan kemudian.

18 Februari 2013

1) Kumpulan penceroboh yang mahu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo, bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

2) Kumpulan dari keturunan Sultan Sulu, Selatan Filipina itu meminta untuk bertemu personaliti tertentu sebelum mereka pulang ke negara asal dan permintaan mereka sedang diusahakan. 

3) Pihak polis Sabah rahsiakan siapakah gerangan personaliti rahsia terbabit tetapi berkata Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini (Sabah).

Siapakah personaliti terbabit???

22 Februari 2013

1) Enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan.

2) Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, Lahad Datu, Sabah


3) Kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.

4) Filipina akan membantu sekiranya ada konflik tetapi tidak dapat menolong mereka.

5) Kira-kira 100 ahli kumpulan Sulu masih lagi berkeras untuk tinggal di Tanduo walaupun hari Jumaat merupakan tarikh akhir mereka sepatutnya dihantar pulang.

6) Pihak keselamatan Malaysia, telah melebarkan kepungan mereka di darat dan laut sekitar kumpulan berkenaan.

7) Mereka dilaporkan dalam keadaan siapsiaga untuk menghantar pulang kumpulan berkenaan namun mereka masih menunggu agar rundingan dapat diselesaikan tanpa sebarang pertumpuhan darah.

8) Dalam pada itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino dilaporkan berkata di Manila bahawa pengikut Sultan Sulu, yang mendakwa Borneo Utara sebahagian daripada Kesultanan Sulu, seharusnya menyerah diri secara aman.

9) Aquino turut menyatakan bahawa pihak kerajaan telah bercakap dengan pelbagai pihak, termasuk keluarga Sultan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

10) Sementara itu, Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya 'untuk melakukan apa juga cara' yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat.

1 Mac 2013

1) Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina juga turut terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi. Takziah kepada anggota keselamatan kita yang terkorban demi menyelamatkan negara. ANDA SEMUA WIRA BANGSA, PENYELAMAT MARUAH NEGARA MALAYSIA!

2) Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi. Juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.

3) Pihak polis juga merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.

4) Tiada perintah berkurung dilaksanakan di Lahad Datu kerana keadaan adalah terkawal.

5) Semua pihak dinasihatkan berjaga-jaga agar pertempuran sengit antara tentera kita dan polis dengan para penceroboh tentera sultan Sulu ini tidak melibatkan pertumpahan darah seterusnya. Pelajar-pelajar di UMS juga dalam keadaan yang terkawal dan selamat.

6) 2 anggota keselamatan yang terbunuh ialah dari skuad Komando 69, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor.

7) Tiga anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong, Koperal Mohd Tarmizi Hashim dirawat di Hospital Lahad Datu, manakala Konstabel Mohammad Qaiyum’aiqal Zolkifli yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

2 Mac 2013

1) Melalui website Berita Harian, dilaporkan bahawa tepat jam 12.30 tengah hari tadi, pesawat Charlie 130 yang membawa dua jenazah anggota komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia dari Lahad Datu selamat sampai di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang.

2) Jenazah kedua-dua anggota keselamatan yang terbunuh itu akan dimakamkan sebagaimana wira-wira negara yang pernah tumpas sebelum ini.  

3 Mac 2013

1) Daripada risikan tentera mendapati kumpulan penceroboh yang berkubu di Kampung Tanduo, dekat sini mempunyai pengalaman perang dan mahir dalam teknik gerila.

2) Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata kedudukan kumpulan terbabit juga menempatkan penembak hendap bagi menyukarkan pasukan keselamatan negara ini bertindak. Namun pihak anggota keselamatan sudah mempunyai rancangan dan mengepung mereka serta membuat pemantauan rapi oleh unit khas tentera.

3) Sementara itu, di Semporna Sabah yang terletak beberapa kilometer dari Lahad Datu, 5 orang anggota polis kita terkorban ketika membuat penyiasatan tentang terdapat penceroboh bersenjata di kampung tersebut. Manakala, 2 orang penceroboh yang terkorban.

4) Nama 6 lagi anggota keselamatan yang terkorban setakat 3 Mac 2013 adalah:

  • Superintendent (SP) Ibrahim Lebar - SB Bukit Aman
  • Assistent SP (ASP) Michael - KCKD Semporna
  • Sarjan Ibrahim - SB
  • Sarjan Aziz - PGA Semporna
  • Koperal Salam - SB Tawau
  • Lans Koperal (L/Kpl) Azrul - PGA Semporna

   
5) Malam tadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis berjaya menyelesaikan kes serangan hendap terhadap anggotanya di Kampung Seri Simunul, Semporna kira-kira jam 7 petang tadi.

6) Pasukan anngota keselamatan berjaya membawa keluar 19 anggota yang berada di kawasan perkampungan itu dan menemui mayat seorang anggota polis menjadikan jumlah keseluruhan anggota yang terkorban kepada enam orang.

7) Turut ditemui enam mayat yang belum dikenal pasti identitinya tetapi mungkin adalah pihak musuh. Mengikut sumber beberapa akhbar, jumlah pihak musuh yang terkorban setakat ini adalah seramai 21 orang. 

8) Serama 352 anggota termasuk pegawai dan lain-lain pangkat 21RAMD berpangkalan di Pengkalan Chepa diterbangkan terus dari Kota Bharu ke Tawau menggunakan pesawat sewa khas AirAsia bagi membantu operasi di Lahad Datu.

9) 20 orang penduduk kampung Sri Jaya, Semporna membunuh lelaki sulu yang menawan mereka dan dijadikan tebusan selama beberapa jam.

4 Mac 2013

1) Selepas ATM mengetuai situasi krisis di Lahad Datu, Sabah. Kini Zon Merah telah diistihar di kawasan terbabit membabitkan Tanjung Labian dan Tanjung Batu.


2) Datuk Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) dalam twitternya menegaskan ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau.


"Takziah kepada para pejuang negara kita. Kepada para anggota keselamatan yang sedang di perbatasan, terima kasih dengan jasa-jasa anda!"

Untuk perkembangan terkini, sila rujuk artikel berikut:
http://www.aynoranur.com/2013/03/berita-terkini-krisis-pencerobohan-di.html



Selamat membaca...
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
8 Komen untuk "Kronologi Pencerobohan Tentera Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah"

keadaan terkawal ?? betul ke.. huhu risaunya la, cepat2 la selesai isu ni, jgn la ada nyawa yang terkorban lagi :'(

itu yang diberitakan, tapi kalau tengok gambar kat buletin utama tadi agak kelam kabut jugak, cemas...

p/s: pray for them!

sedih sangat sebab kathy orang sabah,Lahad Datu dengan Tawau pulak tak jauh mana..harap semua okay...

Slm..sy bertugas di Tawau..Lahad datu taklah jauh..just 2 jam je drive dr tawau..banyak rumours yg kitorg dgr dr mulut ke mulut..tp sad to say..mmg perairan kt tidak dipantau ketat..myb sbb rasa sentiasa selamat n sikap "xapa" pihak berkuasa perairan kita buatkan dorg nie bebas masuk sesuka hati jer..ader rakan yg berasal dr semporna mendakwa,pakciknya d filipina,masuk membawa penumpang dgn bot laju,memang sentiasa bawa M16..so?mmg selama nie pergerakan keluar masuk negara tidak dipantau.ada rakan yang bercerita sejak2 ini mereka melihat ada org bersenjata melintas di jalan2 sunyi di sandakan..mereka dilihat sebagai bukan orang tempatan dan pergerakan mereka diragui.perkara ini telah dilaporkan kepada pihak polis..rupanya bukan dia org yg pertama melaporkan sedemikian,sebelum itu,telah 4 laporan tentang aktiviti yg sama.Rakan saya seorang berbangsa suluk juga telah menyatakan,kaum keluarganya telah berjumpa dan bermesyuarat dalam tahun lepas tentang meminta hak tanah dr kerajaan Sabah.tidak dpt dipastikan adakah ini ada kena mengena dengan apa yg berlaku sekarang.tp beliau tidak memberikan kerjasama kerana mereka mengumpul wang dana bg tujuan tersebut.sekarang apa yg kami dgr,merata2 sabah telah dimasuki bangsa suluk dr filipina..menunggu masa untuk menyerang.walau bagaimana pun kami di tawau hidup macam biasa,aktiviti seperti biasa dan tiada tanda2 akan menghadapi peperangan atau kekecohan.semoga pihak berkuasa cepat menangani masalah ini kerana semua orang dlm keadaan bimbang dan tidak dinafikan kedudukan tawau yang agak hampir dengan lahad datu ditambah dengan kedudukan yg terdedah dengan laut lepas menjadikn kami merasa semakin tidak selamat..

sabar dan berdoa untuk mereka, ya dik

daripada cerita tahiyyatal di atas, nampak nyata perairan kita sangat longgar, tiada kawalan yang spatutnya mengikut landasan undang-undang..apakah kita leka, air yang tenang bukan selama-lamanya tiada buaya.

t/kasih dengan info di atas, betul @ sebaliknya, sama-sama kita improve pasukan keselamatan negara

benda dah jadi..ni takdir supaya di jadi kan iktibar..sibuk becakaran dalam rumah sama sendiri kucing liar masuk dapur makan ikan..ape pun kita harus tentang pecerobohan ini walau pun ke titisan darah terakhir..xda colt m 16.supit buatan sabah pn blh.

inilah antara ujian tertinggi yang ditempuh pasukan keselamatan kita, berjuang hingga ke titisan darah terakhir..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top