Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Perkembangan Semasa Op Daulat Di Lahad Datu Sabah

As-salam,

Berlaku tembak menembak antara pihak musuh dan anggota keselamatan - (6/3/2013)

Akhbar dalam talian Sinar Harian melaporkan bahawa tembak menembak antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas berlaku di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah petang ini tatkala pasukan keselamatan meneruskan operasi susulan dan penggeledahan dalam Op Daulat.

1) Pasukan keselamatan negara mula membuat pemeriksaan di perkampungan itu pada pukul 3 petang untuk menjejaki musuh yang memasuki kawasan kampung berkenaan.

2) KPN Tan Sri Ismail Omar memberitahu melalui sidang media bahawa pada kira-kira 4.15 petang berlaku tembak menembak di tiga lokasi kampung itu dan percaya ada musuh yang gugur, tetapi tidak dapat mengesahkan jumlah musuh yang terkena tembakan.

3) Setakat 6 petang tadi tiada anggota keselamatan yang cedera dalam kejadian itu dan tiada yang dijadikan tawanan pihak musuh.




Jamalul Kiram III boleh di ekstradisi

4) Pegam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kita boleh membuat permohonan bagi 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram III dari Filipina diekstradisi ke negara ini jika terbukti ada kes terhadapnya

5) Namun, perkara paling penting ialah siasatan terhadap perkara itu oleh polis perlu diselesaikan terlebih dahulu, kes perlu dibuktikan terhadap seseorang sebelum membuat permohonan bagi ekstradisi.

Serah diri jika mahu berunding 

6) Tun Mahathir Muhamad menyarankan agar kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah perlu menghentikan tentangan mereka terhadap pasukan keselamatan negara dan menyerah kalah jika mahu sebarang rundingan dilakukan.

7) Beliau berkata, rundingan tidak mungkin boleh dijalankan jika kumpulan bersenjata rakyat asing itu terus-menerus mahu mempertahankan tindakan mereka dengan cara kekerasan.

8) Dr Mahathir berkata, sebarang peluang rundingan tidak boleh diberikan dengan mudah sehingga ada jaminan sebarang keganasan tidak akan berulang lagi kerana ianya melibatkan keselamatan penduduk dan anggota keselamatan.

Menurut Buletin Utama 6/3/2013, ada anggota keselamatan yang disembelih dan dibunuh dengan kejam oleh pengganas Sulu dalam kejadian di Semporna, Sabah. 

Mayat ditanam dan ditutup papan

9) Sembilan mayat yang ditemui itu dipercayai anggota kumpulan pengganas yang terbunuh dalam insiden serang hendap ke atas anggota Komando Polis VAT 69 yang turut mengorbankan dua anggota keselamatan Malaysia pada 1 Mac lalu. Keadaan mayat yang sudah kembung dan berbau menandakan ia telah lama meninggal dunia. Ia dikebumikan dengan cara menggali lubang besar dan menutupnya dengan kepingan papan.

10) Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga ini, dalam operasi berkenaan pihak keselamatan turut merampas beberapa senjata api daripada pengganas yang ditembak mati.

11) Keadaan muka bumi yang sukar menyebabkan operasi penggeledahan turut mengambil masa.


Sama-sama kita berdoa agar keadaan kembali seperti asal dan penduduk Sabah khasnya dapat menjalani kehidupan dengan rasa tenteram.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Ya Allah..selamatkan lah perwira perwira Malaysia yang bertarung nyawa untuk jaga negara Malaysia. Semoga semua selamat belaka.. :)

    jangan lupa lawati http://harianmetroll.tk yep.. :D

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close