Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Perkembangan Terkini 52 Orang Pengganas Sulu Di Lahad Datu, Sabah Terbunuh

As-salam,

Macam-macam versi berita yang kita baca, fikir, dengar dan kemudian cakap dan bualkan...apakah semuanya betul? Apakah tiada tokok tambah? Mari baca versi saya pula, rangkuman berita daripada pelbagai media cetak dan elektronik negara kita untuk tatapan dan renungan bersama...



Perkembangan Semasa Op Daulat di Lahad Datu, Sabah @ 6:00 petang - 7/3/2013

1) Seramai 32 anggota kumpulan penceroboh bersenjata Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan dikawasan 'ground zero' di Tanjung Batu, di sini hari ini. Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata polis percaya antara yang ditembak dalam pertempuran itu pada pukul 11.30 pagi ialah seorang ketua kumpulan berpangkat jeneral.
"Dalam operasi pada pukul 11.30 pagi di Tanjung Batu kami percaya 31 musuh tumpas manakala seorang lagi musuh tumpas dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi. Tiada anggota keselamatan yang cedera," katanya pada sidang akhbar bersama Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain.

2) Beliau berkata pasukan keselamatan memperluaskan kawasan operasi itu sejak semalam untuk menjejaki saki baki kumpulan yang dipercayai masih berada di dua tempat iaitu Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Di samping itu, keseluruhan musuh yang ditumpaskan sejak Jumaat lepas ialah 52 orang iaitu melibatkan kejadian di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu serta di Kampung Simunul, Semporna.


Malaysia Tolak Gencatan Senjata

1) Malaysia menolak gencatan senjata yang dicadangkan Jamalul Kiram III kerana pengganas Sulu masih berperang dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, dekat sini, hari ini.

2) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan pengganas Sulu wajib meletakkan senjata tanpa syarat.

3) Sementara itu Setiausaha Agung PBB di KL meminta agar 'keganasan' di Sabah dihentikan.

Apakah keputusan kerajaan Malaysia dalam hal di atas. Teruskan misi menghapuskan pengganas ataupun menyahut tawaran gencatan senjata? Semoga kerajaan Malaysia bakal membuat keputusan yang bijak berkat sokongan semua pihak terutamanya mengambil pendapat daripada tokoh veteran dan nasihat daripada pakar perang gerila yang berpengalaman di negara ini.

Semoga semuanya dipermudahkan...     

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close