Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

PRU KE 13 | Syarat-Syarat Undi Pos Di Luar Negara

As-salam,

Rakyat Malaysia ramai yang tinggal, belajar dan bekerja di luar negara. Walaupun mencari rezeki di negara orang, mereka masih memegang taraf kewarganegaraan Malaysia. Itu maknanya jati diri masih kukuh! Syabas buat mereka...

 

Untuk kemudahan mereka yang berada di seberang lautan ataupun benua, saya kongsikan syarat-syarat pengundian pos di luar negara.



Syarat-Syarat Undi Pos Di Luar Negara


Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Pemilih berdaftar

c) Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia

d) Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

Anda perlu menghantar Borang 1B kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti yang berikut;

a) melalui emel kepada upup@spr.gov.my ; atau

b) melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192 ;atau

c) melalui pos ke alamat;


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Aras 4-5, Blok C7,
Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya
(Attn : Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)


Anda perlu menentukan kepada SPR Pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi.

Permohonan untuk mengundi secara pos diterima oleh SPR dalam tempoh bermula pada 21 Januari 2013 hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

Sila lihat contoh untuk mengisi Borang 1B

Sila lihat Panduan Untuk Mengisi Borang 1B

Sila lihat Soalan lazim (Q&A) berhubung dengan pengundian pos dari luar negara.

Selamat membaca, happy reading!

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Beruntungnya menjadi warganegara di bumi bertuah. Walaupun tinggal di luar negara namun masih berpeluang memilih kerajaan yang bakal mentadbir negara. Undi jangan tak undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat pilihan dengan akal yang bijak demi masa depan semua termasuk orang-orang yg kita sayangi..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close