Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Episod Akhir Welcome Rain To My Life | Episode 106

As-salam,

Bagi peminat Welcome Rain To My Life, drama korea ini akan tamat tidak lama lagi. Drama ini bersiaran sebanyak 106 episode dan kebanyakan episodnya boleh di layari di website dramastyle.com. Bagi peminat drama korea yang tidak tahu bagaimana mahu menontonnya di drama style, saya kongsikan di bawah ini video episod ke 106 iaitu last episod (episod akhir).

Yang penting drama Welcome Rain To My Life ni berakhir dengan happy ending. Tuan Chun berkahwin dengan Sunny manakala Dan-bi berkahwin dengan  peguam duda bernama Seong Jo. Macam biasa yang jahat dapat balasannya.

我人生的甘雨72
'Orang tamak selalu rugi, lagi-lagi yang tamak haloba dan penuh hasad dengki...'  


Welcome Rain to my Life (Korean Drama 2012)

Welcome Rain To My  Life Episode 106 (Final Episode)




(Maaf kerana saya tak dapat download video di atas dalam artikel ini kerana sebab-sebab teknikal dan copyright - harap maklum.)

Sinopsis Episod 106 Akhir ~ Drama Korea Welcome Rain To My Life

1) Dalam episod 106 iaitu episod akhir, Seong Jo peguam yang banyak membantu Han Man Joon akhirnya berkahwin dengan Dan-bi. Majlis mereka diraikan dengan meriah dengan kehadiran rakan-rakan terdekat dan rakan serumah Seong Jo.

2) Dalam pada itu hubungan Dan-bi dengan Sunny iaitu ibu kandungnya juga semakin rapat dan mesra. Anak Soeung Jo dengan bekas isterinya juga amat sukakan Dan-bi.

3) Tahap kesihatan Sunny semain teruk kerana kanser paru-parunya sudah pada peringkat terakhir.

a01.E105.120830.HDTV.H264.iPHONE-WITH a01.E103.120828.HDTV.H264.iPHONE-WITH a01.E92.120813.HDTV.H264.iPHONE-WITH æˆ‘人生的甘雨.E106.120831.kaixin.9364.cn

4) Soo Ryung iaitu ibu Won Mi dimasukkan penjara kerana semua kesalahan yang pernah dilakukan, terutamanya cubaan untuk membunuh Han Man Joon, suaminya.

5) Pengerusi Ryu yang sudah berkerusi roda meminta maaf kepada Sunny (Dr Ryu) atas segala penderitaan yang ditanggung anaknya itu selama ini. Tak sangka akhirnya Pengerusi Ryu akhirnya mengakui kesilapannya dan membuang segala ego!

6) Akhirnya Sunny mati di hadapan Han Msn Joon iaitu lelaki yang setia mencintainya hingga akhir hayat.

Selamat menonton...happy reading.

Read More ....


Post a Comment

8 Comments

  1. sayangnya cik akak nie bukan hantu korea :)

    ReplyDelete
  2. buat masa ni leeza mmg tak ada masa nk layan drama.. sedih. sibuk dgn sek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa, bila dah tak sibuk boleh tengok video kat youtube..

      Delete
  3. camne nak tengok episode2 tuh ?? tak dapat masuk la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BinNurdin, komputer awak ada grafic card tak? Macam saya boleh tengok kat rumah tapi tak boleh kat office...

      Delete
  4. Replies
    1. cuma site dramastyle yang ada paparkan cerita Welcome Rain To My Life?
      tidak ada subtitle susah nak paham...

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close