Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bayaran Balik Pinjaman MARA Dengan e-Bayar Online

Bayaran Balik Pinjaman MARA Secara Online! | Pada masakini bayaran balik pinjaman pelajaran amat mudah untuk dilaksanakan. Tak perlu bersusah payah beratur panjang atau habiskan minyak kereta untuk pergi ke sesebuah institusi pemberi pinjaman. Begitu juga dengan MARA. Perkhidmatan bayar balik hutang pendidikan dengan MARA boleh dilakukan secara online.

Bayaran Balik Pinjaman MARA Secara Online

Bayaran balik pinjaman dan sewaan MARA boleh dibuat secara elektronik seperti perbankan internet, mesin ATM, SMS dan Mobile 3G serta melalui kaunter bank. Kemudahan ini disediakan melalui pakatan bestari bersama beberapa bank. Bank yang terlibat adalah seperti berikut:-
  1. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  2. Malayan Banking Berhad (MBB)
  3. CIMB Bank Berhad (CIMB)
  4. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM)
  5. AmBank (M) Berhad (Ambank)
  6. Public Bank Berhad (PBB)
  7. RHB Bank Berhad (RHB)
  8. Affin Bank Berhad (Affin Bank)
  9. Bank Simpanan Nasional (BSN) 

Bayaran Balik Pinjaman/Pembiayaan/Sewaan MARA boleh dibuat melalui kemudahan bank-bank berikut :-

Bayar balik di e-Bayar >>>>   https://www.mara.gov.my/bm/e-bayar/


Semoga dengan sedikit penerangan di atas, kita mendapat gambaran cara dan tempat bayaran secara online boleh dibuat. Bukan sahaja mudah, tetapi dengan usaha kita membayar balik pinjaman yang telah digunakan itu, ia berterusan dapat memberi kemudahan pinjaman kepada orang lain yang amat memerlukan.

Selamat menyelesaikan hutang kita dan happy reading!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close