Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Datuk Seri Bantu Sultan Sulu RM8,000 Sebulan Menyerah Diri

As-salam,

Sebelum ini dalam beberapa akhbar melaporkan bahawa Pesuruhjaya Polis Sabah meminta seorang Datuk Seri menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan krisis pencerobohan di Lahad Datu Sabah.  

Akhirnya individu yang dimaksudkan iaitu Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia telah menyerah diri di balai polis Ampang. Namun begitu, mengikut kenyataan Datuk Seri terbabit, beliau memberi bantuan RM8,000 sebulan kepada Sultan Sulu dan langsung tidak mengenali Jamalul Kiram.

Peristiwa+Ceroboh+Lahad+Datu+Sabah

Adakah bermakna Sultan Sulu dan Jamalul Kiram adalah orang yang berbeza? Harap kerajaan tidak membuat tuduhan dan tangkapan yang silap...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri ke pada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 Sept tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama

Selamat membaca, happy reading!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close