Panduan Cara Hidup Lebih Ceria Dan Bersemangat

aynora nur | 13 April, 2013,10:00 PM |
Advertisement
As-salam,

Panduan Cara Hidup Ceria. Hidup yang ceria adalah impian semua orang. Tidak ada manusia di muka bumi ini yang suka bersedih dan dibelenggu masalah sepanjang masa. Pasang surutnya kehidupan begitulah, ibarat pusingan roda. Sekejap kita ketawa dan kemudian kita pula diketawakan orang. Namun kita ada pilihan untuk hidup ceria, pilihan itu di tangan kita.



Panduan Cara Hidup Lebih Ceria Dan Bersemangat

1) Tunaikan ibadat seperti yang dituntut dalam agama

Sebagai seorang Islam, tunaikan tanggungjawab kita kepada Yang Maha Esa. Dan, kepada penganut agama lain, mereka juga ada cara melakukan ritual keagamaan mereka. Yang pasti, setiap agama menuntut kita melakukan yang baik danmeninggalkan perbuatan yang tidak baik. Nescaya, hidup kita dilimpahai kegembiraan.

2) Menghubungi ibu dan ayah

Apabila telah dewasa dan berkerjaya, kebanyakan kita duduk berasingan daripada ibubapa. Apatah lagi bila kita telah memiliki keluarga sendiri. Ambillah sedikit masa hubungi ayah dan ibu kita demi menghilangkan kerisauan di hati mereka. Ibubapa reda, hidup kita juga ceria. Insya Allah tempoh hidup kita lebih lama daripada orang yang memiliki masalah keliling pinggang.

3) Ubah cara kita berfikir

Cuba berfikir di luar kota pemikiran kita yang biasa. Jangan terlalu ekstrim ataupun ambil mudah sesuatu perkara. Contohnya, kita bergantung kepada pendapat bahawa wanita hanya boleh jadi kuli atau pembantu. Sebaliknya kita tukar persepsi, wanita pun layak jadi ketua dengan ketokohan dan displin yang tinggi. Jangan pandang rendah pada golongan yang daripada dahulu di anaktirikan dalam sesebuah jawatan yang tinggi.

4) Mulakan hari kita dengan senyuman

Senyumlah! Kerana senyum adalah satu sedekah yang amat mudah. Senyum juga terapi buat orang di sekeliling kita hinggakan boleh hilang bebanan di hati jika kita lihat orang lain tersenyum. Tak percaya? Cubalah dan tanyakan rakan-rakan kita kebenaran fakta di atas.

5) Luangkan sedikit masa untuk bersenam

Lakukan senaman ringan setiap hari terutamanya ketika bangun tidur. Buat senaman tangan dan kaki dalam masa 5 minit boleh menjadikan badan segar dan kita rasa lebih ceria.

6) Berbaik sangka dengan semua orang

Elakkan bersangka buruk dan selalu menyalahkan orang lain dengan takdir hidup kita. Jangan pegang pepatah 'talam dua muka' dalam menilai rakan sekerja ataupun teman baik kita. Bila kita buruk sangka, wajah akan muram, hati penuh dendam dan apa tindakan yang kita lakukan biasanya tidak ikhlas. Maka jadilah perbuatan kita semuanya sia-sia, tiada mendapat ganjaran daripadaNya! Fikirkanlah...

Beberapa pendapat di atas adalah panduan untuk kita hidup lebih ceria dan menikmati hari-hari yang dilalui dengan lapang dada. Bila kita menikmati kehidupan yang ceria, tidur pun boleh memberi semangat positif kepada diri kita dan orang-orang yang kita sayangi.

Selamat beristirehat, hidup dengan ceria dan happy reading!


Tag : Tips Sihat
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
2 Komen untuk "Panduan Cara Hidup Lebih Ceria Dan Bersemangat"

jemput meriahkan GA pertama sy ^_^

http://www.khairilmazri.com/2013/04/1st-anniversary-domain.html

t/kasih menjemput. Akan cuba luangkan masa..

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top