PRU13 : Parlimen Akan Dibubar Esok?

As-salam,

Esok hari Rabu dan kebiasaannya PM akan menghadap Yang Di Pertuan Agong sebelum mengadakan menyuarat kabinet. Adakah esok juga Perdana Menteri akan buat pengumuman selepas mesyuarat terakhirnya?

PRU+13

Kebanyakan akhbar melaporkan Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. Kebiasaannya sebelum parlimen dibubar, PM terdahulu akan mengadakan sesi bergambar bersama ahli jemaah menteri.

Catatan:
  • Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. 
  • Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.
  • Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.
  • Jika Parlimen dibubarkan esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.
Kita tunggu pengumuman daripada PM esok dan seterusnya mengetahui bilakan PRU ke 13 akan dijalankan. Selepas itu, tugas berat menanti kita...buatlah pilihan yang betul!

Selamat membaca.

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.