Resepi Agar-Agar Milo

Tudung kanak-kanak
As-salam,

Hari ini saya teringin nak memasak agar-agar yang sudah lama saya beli. Agar-agar itu berwarna merah dan kononnya mudah bila dimasak nanti tak payah pakai perwarna. Dalam hati teringin jugak campurkan milo dalam agar-agar tersebut supaya kaum keluarga ada selera nak makan. Almaklum, ada '3 hero' saya semuanya memang kuat makan milo. Orang dulu-dulu panggil agar-agar ni lengkung, kan?


Kredit: majalah rasa


Apalagi, saya pun korek resepi dalam buku resepi lama cara nak memasak agar-agar. Takut jadi keras kematu, siapa nak nolong, kan?

Resepi agar-Agar Milo


Bahan-bahan:
  • 2 paket agar-agar
  • Air masak (2 paket = Air 2 bekas pembungkus agar-agar tersebut.)
  • 1 tin susu cair
  • 7 sudu besar milo - atau 2 senduk milo, ikut suka citarasa
  • 3 senduk gula @ boleh kurangkan ikut citarasa

Cara Membuatnya:
  1. Agar-agar dimasak dahulu dengan air hingga mendidih dan masak
  2. Kemudian masukkan milo, susu dan gula tadi perlahan-lahan ke dalam agar-agar dan kacau sebati
  3. Tambah gula ke dalam agar-agar mengikut sukatan manis yang diinginkan
  4. Gaul rata sehingga mendidih, apabila agar-agar sudah beruap, barulah kecilkan api
  5. Setelah agar-agar betul-betul masak, tutup api dan biarkan dalam 20-30 minit.
  6. Simpan di dalam peti sejuk untuk cepat keras

Sekian sahaja dari dapur chef tak bertauliah, selamat mencuba!

3 comments:

  1. sedapnya agar-agar nie...dah lama tak buat agar-agar milo nie....

    ReplyDelete
  2. tq share resepi..setakat ni m3h belum pernh buat agar2 lagi,pasal m3h ngan ank2 x berapa suka makan agar2..hubby sorang je yang mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 & hubby suka, lagilah kita kena masak selalu...hihi

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.