Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

e-Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar MRSM Oleh Ibubapa

As-salam,

Bagi ibubapa yang menghantar anak ke MRSM, pasti telah mendapat penerangan daripada pihak maktab cara-cara untuk melihat keputusan peperiksaan anak masing-masing. Peperiksaan semester pertama telah berlalu, bagaimanakah keputusan anak anda?

Saya kongsikan cara-cara menyemak keputusan peperiksaan pelajar MRSM secara online bagi kita mengikuti perkembangan prestasi anak kita daripada jauh.

1. Klik kepada pautan berikut:
http://www.mrsmbpj.com/esppng/login.asp 

2. Ikut arahan selanjutnya iaitu masukkan No. Maktab dan Password. Seperti contoh di bawah.



3. Kemudian tekan butang LOGIN. Paparan berikut ditunjukkan. Pada kotak PEPERIKSAAN = PILIH JENIS PEPERIKSAAN, pada kotak SEMESTER = PILIH SEMESTER anak masing-masing.



4. Akhir sekali paparan keputusan anak anda akan kelihatan. Kita boleh semak adakah apa yang anak kita sampaikan itu betul atau sebaliknya.

Semoga anak-anak kita memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Semoga berjaya!


Read More ....


Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close