Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Siapakah Yang Layak Memohon PR1MA?

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai langkah mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan PM adalah untuk mengimbangi semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar.


 


Sehubungan dengan itu, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00

Syarat-syarat Kelayakan Memohon PR1MA:

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  3. Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  5. Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Cara-Cara Memohon PR1MA 

  1. Daftar dengan PR1MA, klik di sini
  2. Semakan dokumen-dokumen yang diperlukan, klik di sini
PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.

Nota:

- Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.
- Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
- Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close