Tema Hari Guru 2013 | Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda

aynora nur | 17 May, 2013,7:00 AM |
Advertisement
As-salam,

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun. Hari Guru adalah sambutan keraian khas buat guru-guru di negara kita yang telah banyak berjasa kepada anak-anak bangsa tercinta sejak berzaman dahulu. Semasa bersekolah dahulu, sambutan Hari Guru begitu istimewa apabila kami menyediakan makanan istimewa buat guru tersayang seperti menyediakan nasi beriani, mengadakan acara santai dan paling best menghadiahkan sesuatu barang yang bernilai kepada guru yang paling kita suka. Dapat hadiahkan sepasang kain pun dah amat berbangga. Apakah perasaan seseorang guru menerima pemberian kecil daripada anak muridnya? Hanya seorang guru dapat menjawab persoalan ini...



Pada tahun 2013 ini tema Hari Guru membawa tajuk, Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda. Agak pelik juga bunyinya. Apakah maksud tema tersebut? Adakah maknanya setiap guru bawa hal masing-masing, 'kau hal kau, aku hal aku?' Apakah rahsia disebalik 1Aspirasi 1Agenda ini?

Sebenarnya tema Hari Guru 2013 1Aspirasi 1Agenda ada berkait rapat dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025. Jika ditinjau dari PPPM ini, intipatinya adalah 5 aspirasi sistem iaitu melalui akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia

Di samping itu ada 6 ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. (Sila rujuk pada gambarajah di bawah).



Antara lain intipati PPPM 2013 - 2025 adalah anjakan transformasi melalui 3 gelombang yang disasarkan oleh kementerian untuk 13 tahun nanti.

PPPM juga menyenaraikan 11 anjakan utama untuk transformasi sitstem pendidikan secara menyeluruh di negara kita:

  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
  2. Memastikan seriap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
  5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
  6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah
  8. Mentransformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
  9. Berkerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
  11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung    

Tema Hari Guru | Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda 

Maksud 1Aspirasi

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1Aspirasi juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

Maksud 1Agenda

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Daripada penjelasan di atas, kementerian berharap warga guru lebih sedar akan tanggungjawab yang tergalas ke atas bahu mereka terhadap PPPM yang telah di gariskan untuk tempoh 13 tahun mendatang. Dengan pengenalan tema Hari Guru, Guru Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda diharap guru-guru mendapat gambaran jelas tentang hala tuju dan harapan negara terhadap mereka.

1Aspirasi, 1Agenda untuk semua warga guru! Tahniah. Teruskan kecemerlangan anda!    
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
7 Komen untuk "Tema Hari Guru 2013 | Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda"

ni pun kalau kerajaan sekarang memerintah lagi :)

begitulah biasanya, siapa yg memerintah dia orang yg berkuasa

moga 11 anjakan utama untuk transformasi ni berjaya nanti, hebat-hebat tranformasinya...

wah, guru aspirasi la belaka tahun ni. selamat hari guru. terima kasih cikgu!

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top