Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Terkini PRU 13 : Aku Janji Barisan Nasional

As-salam,

Pada 6 April 2013 yang lalu PM selaku pengerusi Barisan Nasional telah mengumumkan satu akujanji pilihanraya yang di anggap menyeluruh oleh sesetengah pihak dan ianya juga munasabah. Kerana ia sebuah aku janji, jadi ia umpama sebuah permeterian perjanjian kerajaan dengan rakyat. Senang cerita, pengundi dah undi BN dalam pilihanraya nanti, kerajaan mesti tunaikan segala janji tersebut, jika tidak rakyat ada hak minta ganti rugi walau apapun alasan yang diberikan oleh kerajaan nanti.


Saya ambil/share antara intipati AKU JANJI BARISAN NASIONAL yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat jelata:

1. Menangani Kos Sara Hidup :

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia

* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar

* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk

* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja 



2. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:

* Membawa Malaysia ke tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan

* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh

* Mengembangkan persekolahan satu sesi

* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih

* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil

* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi

* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar

* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas

* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian

* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya

* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus

* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah

* Menyediakan laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi

* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam

* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet



3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan

* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah

* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam

* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka

* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa

* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet

* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas

* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta


Lain-lain akujanji BN adalah;

  1. Meningkatkan kehidupan warga bandar
  2. Peluang mendapat perkhidmatan kesihatan berkualiti
  3. Ke arah kecekapan terhebat pengangkutan awam
  4. Pembangunan infrstruktur bertaraf dunia
  5. Membina ekonomi mapan, inovatif dan dinamik
  6. Meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam
  7. Memperkasa penyertaan wanita
  8. Memenuhi aspirasi belia
  9. Merancang jaringan keselamatan sosial
  10. Mempromosikan agama islam
  11. Memerangi gejala sosial
  12. Memperkukuhkan perkhidmatan awam
  13. Gerakan kesederhanaan global
  14. Memelihara sumber semulajadi



Untuk maklumat lanjut, klik pautan berikut:

 http://www.umno-online.my/?p=80939


Selamat membaca, happy reading!

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Harap semua janji ini ditepati dan bukan hanya sekadar janji sebab dah dekat GE13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena ditepati setiap janji, jangan kerajaan hangat2 tahi ayam, hihi

      Delete
  2. moga segalanya berjalan lancar. tidak kira apa, janji perlu ditunaikan...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close