Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Terkini & Terbaru Ubahsuai Blogger Template HTML Editor

As-salam,

Terkini & Terbaru Ubahsuai Blogger Template HTML Editor! | Mulai minggu lepas Google telah mengubahsuai dan membuat penambahbaikan kepada HTML Editor dia orang iaitu tempat yang kita gunakan untuk mengedit blog kita terutama pengguna platform blogspot. Menurut Google, penambahbaikan ini sepatutnya membawa kepada perkara yang lebih mudah dan cepat.

HTML template blog anda adalah kod sumber yang mengawal kemunculan blog anda. Template ini boleh disesuaikan untuk menjadi rupabentuk blog yang anda inginkan. Yang bagusnya, editor template HTML kini disokong dengan garis bernombor, penonjolan sintaks, auto-lekukan dan kod berlapik untuk membuat editing template anda lebih mudah.

Untuk maklumat lanjut, anda mesti fahami perubahan yang berlaku ini dengan berhati-hati. Bila sekali dua kali telah mencuba, jangan risau anda takkan gagal! Hihi...macam saya, saya cuba sekali, tambah widget ikut kotak ikon yang disediakan dan SAVE Template. Tiada masalah!

Layari website berikut untuk kefahaman yang lebih, selamat mencuba!


http://buzz.blogger.com/2013/04/improvements-to-blogger-template-html.html 

Walau apapun yang anda cuba buat atau EDIT, make sure buat back up template lama terlebih dahulu. Sebabnya, jika template asal sudah rosak, susah untuk diperbaiki.

Happy reading!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close