Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Virus H7N9 Di China Semakin Merebak

As-salam,

Virus H7N9 Di China Semakin Merebak! | Di negara China, setiap hari ada saja berita tentang virus selsema burung H7N9 yang dikatakan semakin merebak ke banyak kawasan dan keadaan pesakit semakin kritikal serta jumlah kematian yang bertambah. Sejak kelmarin, 11 orang dilaporkan telah meninggal dunia daripada keseluruhan jumlah 51 orang yang dijangkiti virus H7N9 tersebut.



Semua kes jangkitan virus H7N9 berlaku di Shanghai, Zhejiang, Jiangsung dan Anhui yang jaraknya beberapa ratus kilometer.

Melalui AFP, jangkitan virus baru selesema burung H7N9 merebak ke wilayah baru, Henan di tengah China semalam, manakala dua lagi kes dilaporkan menyerang di pusat wabak itu di barat Henan.


Pakar melahirkan kebimbangan kemungkinan virus H7N9 bermutasi kepada bentuk yang lebih mudah berjangkit antara manusia dengan manusia sehingga menyebabkan wabak. Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu berkata, tiada bukti virus H7N9 boleh berjangkit daripada manusia kepada manusia.

Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 19 orang yang berhubung dengan mangsa di Henan, belum menunjukkan sebarang tanda dijangkiti virus baru selesema burung itu.

Seorang pesakit lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai tukang masak masih kritikal sejak jatuh sakit pada 6 April, manakala seorang petani berusia 65 tahun semakin stabil yang menunjukkan tanda dijangkiti 8 April lalu.

Sementara mangsa di Beijing, anak perempuan seorang peniaga ayam berusia tujuh yang kini dikuarantin untuk pemerhatian, setakat ini tidak menunjukkan tanda dijangkiti H7N9 dan keadaannya dilaporkan stabil.


Pihak berkuasa kesihatan di China berkata, ia masih belum mengetahui bagaimana virus itu merebak, tetapi percaya H7N9 mungkin berjangkit daripada burung kepada manusia, mendorong tindakan memusnahkan sejumlah besar ternakan ayam di beberapa bandar.

Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) berkata H7N9 menunjukkan hubung kait dengan manusia tetapi hanya menyebabkan ‘penyakit ringan atau tiada sakit langsung’ ke atas ayam yang dijangkiti.

Keadaan ini menyebabkan usaha mengenal pasti sumber jangkitan atau pemindahan virus sukar dilakukan.- AFP

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. tiap2 tahun rasanya,virus ni pasti menyerang..risau jugak ni..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close