Cara Mengira Kertas Undi PRU Ke 13

aynora nur | 05 May, 2013,8:25 AM |
Advertisement
Bagaimana Kertas Undi Dikira? | Selesai mengundi PRU ke 13, ada lagi debaran yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Malaysia. Siapakah bakal kerajaan baru kita atau siapa yang menang? Kerajaan atau pembangkang? Jadi, untuk merealisasikan penantian kita, ada ejen yang mengira kertas undi yang telah kita pangkah sebelum itu. Biasanya keputusan kiraan undi untuk mengetahui calon yang menang akan diketahui selepas 4 jam tempoh mengundi tamat pada pukul 5:00 petang. Namun, jika ada kawasan yang jumlah pengundinya tidak ramai, keputusan boleh diketahui lebih awal daripada itu.

Cara Kertas Undi Dikira


Setelah tamat proses pengundian dan peti undi telah ditutup serta dimeteraikan, semua kertas undi dalam peti undi boleh mula dikira. Mereka yang diberkan berada di tempat pengiraan undi ialah:-
  • Ahli -Ahli Panel SPR dan Pegawai-Pegawai SPR;
  • Pegawai Pengurus;
  • Ketua Tempat Mengundi dan Petugas-Petugas Pilihan Raya;
  • Calon dan Ejen Pilihan Raya serta seorang Ejen Mengira bagi setiap calon; dan
  • Orang yang mendapat kebenaran secara bertulis daripada SPR.

Sebelum memulakan proses pengiraan undi, Ketua Tempat Mengundi perlu melakukan beberapa perkara seperti yang berikut:
  1. Menyusun atur tempat untuk mengira undi.
  2. Memaklumkan kepada ejen bahawa proses pengiraan undi akan bermula.

Pengesahan Bilangan Kertas Undi Dalam Peti Undi

Proses pengiraan kertas undi dimulakan dengan menunjukkan dulang yang berlabel “Undi Belum Dikira” adalah kosong. Seterusnya penutup peti undi dibuka dengan memotong tali yang memeterai peti undi, menuangkan semua kertas undi ke dalam dulang “Undi Belum Dikira” dan menunjukkan peti undi yang telah kosong kepada Ejen Mengira Undi. Bagi memudahkan Kerani Mengira Undi membuat kiraan, kertas undi akan diikat dalam bilangan 10 dan digabungkan ke dalam bilangan 100. Seterusnya Ketua Tempat Mengundi akan mengisi Borang 757 (Catatan Bilangan Pengesahan Kertas Undi) dan membandingkan dengan maklumat dalam Borang 13.


Tujuan disediakan Borang 757 adalah bagi mengesahkan bahawa bilangan kertas undi yang berada dalam peti undi adalah sama seperti yang dicatatkan oleh Ketua Tempat Mengundi dalam Borang 13. Perlu dijelaskan bahawa Borang 13 perlu terlebih dahulu disempurnakan sebelum kertas undi dikira jumlahnya. Ini adalah sebahagian daripada elemen ketelusan dalam proses pengiraan undi. Sekiranya bilangan kertas undi adalah sama atau kurang, proses memaparkan kertas undi kepada ejen boleh diteruskan.

Untuk ketahui bagaimana proses dilakukan oleh ejen kiraan undi di dalam bilik khas, anda bolek klik pautan berikut untuk bacaan sepenuhnya:

Semoga anda mendapat maklumat jelas bagaimana kertas undi dikira. Ianya bukan proses mudah dan singkat, sebaliknya ada langkah-langkah yang perlu dipatuhi dan borang yang perlu dipenuhkan bagi memuktamadkan keputusan undi yang dikira.
Semoga undi yang dikeluarkan mencerminkan adil dan amanah!
  
Tag : Info PRU13
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
0 Komen untuk "Cara Mengira Kertas Undi PRU Ke 13 "
DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top