Drama Korea & Sinopsis A Gentleman's Dignity

aynora nur | 05 May, 2013,7:04 PM |
Advertisement

Drama Korea yang berikutnya ini sedang ditayangkan di kaca TV saluran 107 @ NTV7. Drama ini mengandungi 20 episodes dan bergenre komedi romantik. Yang bestnya semua pelakon utama drama A Gentleman's Dignity adalah lelaki yang digambarkan awal 40-an. Kiranya drama korea ini adalah kisah cinta orang dewasa.

Waktu siaran : Isnin & Selasa pukul 8:30 malam di ntv7.

Poster Drama Korea A Gentleman's Dignity

Sinopsis Drama Korea A Gentleman's Dignity


Drama Korea A Gentleman's Dignity telah dianggap sebagai 'Sex & The City' versi lelaki. Ia adalah mengenai kerjaya dan kehidupan cinta golongan profesional di bandar. Ia menceritakan kisah empat lelaki yang berusia dalam lingkungan empat puluhan yang telah berkawan sejak belasan tahun lagi. Di dalam drama korea ini ia berkisar tentang putus cinta, perselisihan faham, kejayaan dan kegagalan mereka berempat dalam melayari kehidupan.



Kim Do-jin adalah seorang playboy yang berkeyakinan tinggi telah bertemu dengan Seo Yi-soo, lalu jatuh cinta. Tetapi Seo Yi-soo tidak melayannya kerana wanita itu lebih tertarik dengan rakan baik Kim Do-jin sendiri iaitu Im Tae-san. Jadilah Kim Do-jin bertepuk sebelah tangan dan cintanya tidak dibalas buat pertama kalinya. Kim Do-jin masih mengharap terhadap Seo Yi-soo dan melakukan pelbagai cara untuk memenangi hati Seo Yi-soo.



Im Tae-san menjalin hubungan dengan Hong Se-ra, rakan sebilik Yi-soo, tetapi masalah timbul apabila rahsia Seo Yi-soo meminati Im Tae-san terbongkar. Apabila Hong Se-ra mendapat tahu hal tersebut, dia dia tidak mahu berkahwin.

Manakala, Choi Yoon adalah seorang peguam yang baru pulih daripada kematian isterinya empat tahun lalu dan mula mempunyai perasaan terhadap adik Im Tae-san yang jauh lebih muda yang bernama Im Meari. Meari turut tertarik pada Yoon, bagaimanapun dia tidak menunjukkan perasaannya kerana bimbang menjejaskan persahabatan dengan Im Tae-san.

Lee Jung-rok pula berkahwin dengan seorang wanita kaya, Park Min-sook, tetapi sentiasa berpoya-poya dengan wanita lain. Ini menyebabkan selalu timbul masalah dan isu-isu kepercayaan dalam perkahwinan mereka.



Sementara itu seorang remaja bernama Colin datang ke Korea mencari empat lelaki tersebut dan menuntut bahawa salah seorang daripada mereka berempat adalah bapa kandungnya.

A Gentleman's Dignity dibintangi oleh:-

Para Pelakon Utama : 

  • Jang Dong-gun sebagai Kim Do-jin - Seorang lelaki berkarisma idaman wanita yang mengetuai sebuah firma arkitek dengan Im Tae-san. Do-jin selalu menghadapi masalah hilang ingatan tatkala tertekan dan merekodkan kesemua aktiviti hariannya dengan 'voice recorder pen'. Dia menyukai kereta dan menamakan keretanya "Betty".
  • Kim Ha-neul sebagai Seo Yi-soo - Seorang guru etika sekolah menengah dan juga pengadil permainan basebal dalam masa lapangnya. Yi-soo memiliki rahsia dimana dia meminati Tae-san dalam diam selama 3 tahun.
  • Kim Min-jong sebagai Choi Yoon - Seorang peguam yang baru pulih daripada kematian isterinya 4 tahun lalu dan ahli pasukan basebal Blue Cats.
  • Kim Soo-ro sebagai Im Tae-san - Rakan kongsi di firma Do-jin, mengetuai bahagian construction. Tae-san bercinta dengan Hong Se-ra dan juga ahli pasukan basebal Blue Cats.
  • Lee Jong-hyuk sebagai Lee Jung-rok - Memiliki sebuah kafe bernama Mango Six dan berkahwin dengan seorang wanita kaya bernama Park Min-sook tetapi berterusan berpoya-poya dengan wanita lain. 
  • Yoon Se-ah sebagai Hong Se-ra - Seorang pemain golf profesional, beliau pegang watak sebagai teman wanita Tae-san dan teman serumah Yi-soo.
  • Kim Jung-nan sebagai Park Min-sook - Min-sook adalah isteri Jung-rok yang sangat kaya.
  • Yoon Jin-yi sebagai Im Meari - Merupakan adik Tae-san dan bekas pelajar Yi-soo. Meari kembali ke korea selepas belajar di Amerika dan meminati bag design. Dia meminati Yoon sejak lama dahulu. 
  • Lee Jong-hyun sebagai Colin - Colin datang ke Korea untuk bertemu dengan 4 orang jejaka tersebut dan menuntut bahawa salah seorang daripada mereka adalah bapa kandungnya.
Apakah kesudahan drama korea A Gentleman's Dignity ini? Dapatkah mereka semua mengecapi kebahagiaan dan kejayaan yang di idam-idamkan. Atau, adakah cinta sejati yang dicari dapat di temui? Tunggukan jawapannya daripada drama korea hebat ini.

Selamat menonton, happy reading!!
Tag : Korean Time
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
8 Komen untuk "Drama Korea & Sinopsis A Gentleman's Dignity"

Dah layan drama nih sampai habis.. :'3 memang terbaekkk!!

saya pun sedang tengok kat dramacrazy.net. yang bestnya ada hero pujaan iaitu jang dong gun...mmg terbaik!

betul3! (^-^)b ...kelakar gila! x rugi tgk! xD

betul3! kelakar gila! x rugi tgk! (^-^)b

kebanyakan pelakon membawa watak mereka dengan selamba dan mencuit hati!

Mana sambungan dia... Dah takde Kat ntv7 kul 8.30 skarang

Mana sambungan dia... Dah takde Kat ntv7 kul 8.30 skarang

dear, dah habis dah episod tu, klu nak tengok boleh pegi www.dramacrazy.net

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top