Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

[Gambar & Berita] Puting Beliung Paling Dahsyat Dalam Abad Ini

Moore (Amerika Syarikat) - Sekurang-kurangnya 91 terbunuh, manakala beratus-ratus lagi cedera selepas puting beliung selebar tiga kilometer, melanda pinggir bandar raya Oklahoma, semalam (21/5/2013).

Pusaran angin kencang itu itu juga memusnahkan kebanyakan rumah, menimbunkan kereta antara satu sama lain dan menyebabkan berpuluh-puluh pelajar terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Anggota pasukan penyelamat terus dihimpit masa untuk mengeluarkan mangsa yang terselamat di celah runtuhan rumah dan bangunan sekolah di kawasan bencana puting beliung di bandar raya berkenaan.

Pihak berkuasa bagaimanapun mula mengurangkan jumlah mangsa korban kepada 24 orang daripada 51 di peringkat awal puting beliung melanda, semalam. Bagaimanapun, angka itu mungkin akan meningkat lagi kerana operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.

Gabenor Oklahoma, Mary Fallin berkata pihak berkuasa setakat ini tidak mengetahui berapa ramai lagi mangsa yang masih hilang. Namun pihak berkuasa akan terus mencari mereka dan menambah kekuatan pasukan.


 

  
 

Puting beliung terkuat itu membawa angin dalam kelajuan sehingga 320 kilometer sejam, yang hampir melenyapkan bandar Moore di bahagian tengah negara itu yang dikenali sebagai Lembah Puting Beliung. - AP

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Dasyatnya.. Takut tengok.. Syukurlah Malaysia ni tak berada dalam lingkungan kawasan yang selalu kena puting beliung ni.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dahsyat, lebih2 tengok kat youtube. takut & menginsafkan

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close