Khasiat Buah Tembikai

aynora nur | 14 May, 2013,8:34 AM |
Advertisement
Khasiat Buah Tembikai | Siapa yang tidak suka dengan buah tembikai. Buah tembikai popular di sebarang majlis keraian, kenduri kahwin, majlis harijadi dan sebagainya. Mungkin kerana ia mudah didapati dan harganya juga berpatutan menjadikan ia buah yang menjadi pilihan untuk sesuatu majlis sebagai pencuci mulut.

Secara amnya, ada 2 jenis tembikai iaitu tembikai merah (tembikai biasa) dan tembikai susu.    


Tembikai Merah


Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam sama spesis dengan Cucurbitaceae.

Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).

  


Khasiat Tembikai Merah

1) Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

Pokok Tembikai
2) Tembikai yang dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

3) Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

4) Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit seperti artritis, gout serta keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Tembikai Susu

Tembikai Susu (bahasa Inggeris: honeydew melon) merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Afrika Tengah. Ia berwarna putih dan manis, dan walaupun buah ini tidak sama popular dengan buah tembikai, buah tembikai susu semakin diterima oleh orang ramai dan kini ditanam untuk memenuhi permintaan tempatan di Malaysia dengan kemungkinan yang besar untuk eksport. Berongga dan mempunyai banyak biji di dalamnya. Pokoknya menjalar seperti tembikai.

Pokok Tembikai Susu

Terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis, kuning pucat dan kuning. Buahnya berat dan banyak kandungan air. Berbau harum dan amat manis apabila ranum.

Khasiat Tembikai Susu

1) Ia kaya dengan khasiat vitamin C, iaitu kira-kira 117 mg dalam setengah isi kandungannya sahaja. Selain itu, ia juga kaya dengan beta karoten. Kedua-dua khasiat in berkesan dalam melindungi sel tubuh akibat kesan radikal bebas. Selain itu, setengah biji buah ini mengandungi 853 mg potasium dan ia lebih banyak khasiatnya berbanding buah pisang dalam tindakan menurunkan tekanan darah. Setengah biji buah ini mengandungi 97 gm kalori, 1 gm lemak dan 2 gm serat.

2) Tembikai susu mengandungi pelbagai jenis nutrisi iaitu vitamin – vitamin seperti A, B6 dan C, Folat, Potasium, Zink serta lain – lain enzim berkaitan dengan penghadaman. Mengambil kita vitamin C sahaja, ianya bertindak sebagai antioksida yang mana kita tahu antioksida ini membantu dalam melindungi tubuh dari penyakit – penyakit kronik khususnya kanser. Malah vitamin C juga membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh dan sekaligus menghalang tubuh dari dijangkiti selesema dan batuk. Untuk vitamin B6 pula, ianya penting untuk kesihatan kulit dan sistem peredaran darah tubuh anda.


3) Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malah tembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori, oleh itu ianya sedang elok untuk diterapkan dalam menu diet anda yang ingin mengurangkan berat badan.

3) Potasium yang terkandung dalam tembikai susu dapat mencegah otot dari mengalami kekejangan dan membantu dalam mengawal tekanan darah, serta kandungan air tembikai susu yang banyak akan membantu tubuh anda dari kekurangan air. Untuk rekod, satu mangkuk kecil tembikai susu hanya mengandungi 60 kalori dan membekalkan vitamin C yang mencakupi 70% keperluan harian tubuh anda.

Kesihatan yang baik adalah kunci kebahagiaan diri dan keluarga tersayang. Biar miskin harta benda tetapi memiliki kesihatan yang sempurna membolehkan kita hidup dalam bahagia yang tidak ternilai. Kasihi diri dan sayangi keluarga kita...~ aynora.nur

Tag : Khasiat Buah
Aynora Nur adalah seorang penulis blog separuh masa, terlibat dalam bidang hartanah dan perkhidmatan – di Johor, Malaysia. Lulusan MBA. Aktif berblog sejak tahun 2010. Hubungi saya untuk Promosi produk dan servis • Entry kekal di blog • • Pakej mengikut bajet • Daily PV : 35,000 - 45,000 • Monthly PV : 1.1juta - 1.5juta. Info lanjut di about me ...
 
loading...
9 Komen untuk "Khasiat Buah Tembikai"

paling suka minum air tembikai..hilang terus dahaga

tembikai mmg baik utk kesihatan tapi kalau org kena santau dan wanita lepas bersalin x elok mkan...

nice sharing... :)

iya ke? kenapa pulak? anyway, thanks to the info

Xpernah pun tau psl khasiat buah nie..tau mkn jerk..hihihi.. Tq sharing ya.. :)

saya suka tembikai... potong dadu kecik2.. campur dengan susu pekat.. perh... mantap!

sye ada mnanam nye...iaitu tembikai susu...

hari-hari minum jus tembikai, sementara tunggu jus puri buah durian belanda

DISCLAIMER: All content provided on this "Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Aynorablogs.Com – Inspirasi Wanita will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Kisah 25 Filsuf Barat (MATLUTHFI)!! Harga cuma RM22.50 (Asal RM25.00)!

Buat Duit Blog
Back To Top